SEBAIK sahaja selesai berpantang anak pertama, pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua. Namun Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata rezeki untuk menimang cahaya mata kedua belum tiba dan dia serta suami percaya Allah mahu mereka memberikan perhatian lebih kepada anak pertama iaitu Shariq Gabriel. Kata pelakon berusia 30 tahun ini, dia sememangnya mahu memiliki cahaya mata yang ramai, lebih-lebih lagi dia mempunyai 11 orang adik-beradik dan suka menjaga anak saudara. Emma dan suami masih mencuba untuk dapatkan anak kedua. "Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat. "Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat. ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ditegur pakai seksi, Emma Maembong belum sedia berubah jadi ‘mak-mak’... Malas bergaduh dengan netizen ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bawa balik sikap baran, Emma Maembong ambil masa bersendirian sebelum pulang ke rumah Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. EMMA MAEMBONG PELAKON "Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah. "Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki... mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama," kata Emma kepada mStar. Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. Emma ubah gaya pemakanan demi kesihatan anak. Dalam pada itu, pelakon filem Frontliner ini turut berkongsi pengalaman dia memberikan susu badan sepenuhnya dan mengubah gaya pemakanan demi kesihatan putera sulungnya. "Saya memang bagi susu badan sepenuhnya sebab nak anak ada antibody yang kuat. Bukan itu saja, saya juga amalkan makanan berkhasiat. Bangun pagi, makan buah-buahan seperti strawberi. "Saya juga makan banyak sayur-sayuran walaupun sebelum ini, tak makan pun. Kalau dahulu, makan makanan yang tak sihat. Tapi demi anak, saya sanggup ubah gaya pemakanan," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI