suria

Kemelut rumah tangga bakal berakhir… Rossa Sera enggan bermusuh dengan Shuk Sahar, tiada masalah penjagaan anak

Sera mahu selesaikan masalah dengan Shuk tanpa perlu ada sengketa.

STATUS rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya yang dikenali sebagai Rossa Sera kini sudah berada di penghujung.

Mengakui sudah berbincang antara satu sama lain, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata mereka kini dalam proses mencari persetujuan bersama.

Dalam hal ini, Sera berharap agar masalah antara mereka dapat diselesaikan tanpa sebarang persengketaan kerana enggan bermusuhan dengan suaminya itu.

"Sejujurnya sudah ada perbincangan antara saya dan Shuk. Tapi kami masih lagi mencari titik persetujuan bersama... masih berusaha untuk berbincang sebaiknya.

Sera

Rossa Sera berharap dapat selesaikan masalah dengan baik.

"Tapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak berwajib bagi menguruskan segalanya. Sudah tentu saya berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara terbaik untuk kami berdua.

"Tak ada bersengketaan, tak nak bermusuhan. Tak ada lagi masalah-masalah di masa akan datang kelak," kata Sera kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku bukan jodohnya” - Shuk Sahar muncul di mahkamah bersama peguam, beri bayangan rumah tangga berakhir

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya berhubung soal anak-anak, Rossa Sera sudah letak noktah hubungan dengan Shuk Sahar

Insya-Allah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah.

ROSSA SERA

ISTERI SHUK SAHAR

Sera berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video memperlihatkan Shuk berada di sebuah mahkamah bersama peguam yang dimuat naik suaminya di platfrom TikTok pada Jumaat lalu.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Sera

Sera dan Shuk akan tetap jaga anak-anak mereka dengan baik.

"Apa yang saya harapkan selepas ini adalah saya dan Shuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.

"Sebab kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami. InsyaAllah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah," ujarnya.

Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain