suria

Pelakon baharu ‘demand’ dan besar kepala! Rashidi Ishak dah biasa hadap artis bermasalah, enggan tegur secara terbuka

Rashidi sedar isu pelakon demand sudah lama berlaku.

ISU pelakon baharu yang bersikap demand dan tidak berdisiplin ketika berada di set penggambaran sering kali diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tempatan.

Bukanlah isu baharu, pelakon Rashidi Ishak berpendapat hal itu merupakan perkara biasa yang kerap berlaku dalam industri seni.

"Dari dahulu lagi perkara ini sudah berlaku. Ketika saya mula sertai industri seni pun sudah ada pelakon yang demand dan mula merasakan diri mereka bagus.

rashidi 2

Penampilan watak Rashidi dalam drama Hantu Raya Pergi Perang.

"Sekarang ini orang mengatakan jumlah pengikut di media sosial menjadi isu sedangkan ia adalah perkara biasa. Sebelum ini mana-mana pelakon yang mukanya kerap keluar majalah akan terima banyak tawaran kerja.

"Rasanya stesen televisyen sekarang ini cuba untuk imbangkan perkara tersebut. Tidak ada masalah nak ambil sesiapa pun berlakon jika seseorang itu berbakat," katanya kepada mStar.

Rashidi mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama Hantu Raya Pergi Perang di RexxKL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pernah berhadapan dengan situasi pelakon baharu yang besar kepala, Rashidi, 49, bagaimanapun berkata dia tidak mahu terlalu terbuka dalam memberi teguran.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah cuba buka hati untuk wanita lain, Rashidi Ishak ambil keputusan terus menduda

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pelakon baharu tak kenal Hamidah Wahab, hanya tegur ‘hai’ di set penggambaran

Dia turut menasihatkan rakan artis supaya lebih memahami kehendak pasaran semasa dan tahu untuk menonjolkan diri dalam industri seni.

"Banyak kali saya lalui pengalaman pelakon baharu bermasalah. Saya hanya akan tegur jika saya adalah pengarah atau penerbit sesebuah projek. Kalau kami sama-sama berlakon, lebih baik diam sahaja.

"Sebagai artis profesional, perlulah faham kehendak pasaran. Semua ini adalah rezeki masing-masing. Jika rasa tidak dikenali, tonjolkan diri anda," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain