suria

Hilang sabar selepas kena ludah, pembantu peribadi mengaku pukul Mak Wan Latah... Duit jadi punca utama!

Mak Wan sedih apabila ada yang berkata buruk tentang dirinya.

KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila pelakon veteran itu mendakwa pernah menjadi mangsa pukul individu dikenali sebagai Amell itu.

Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa, Amell bertindak memukul dan menumbuknya meskipun sudah menjelaskan tidak mengambil sebarang wang seperti didakwa.

"Saya sudah beritahu dia bukan saya yang ambil duit itu. Entah siapa yang pusing cerita. Dia pukul dan tumbuk saya. Semua isu ini fasal duit," katanya menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad.

mak wan 22

Konflik Amell dan Mak Wan semakin berlarutan.

Terdahulu, Amell mendedahkan beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikTok miliknya yang mendakwa aktres itu seorang yang panas baran selain melakukan perkara-perkara syirik.

Amell juga membuat satu laporan polis berkaitan kehilangan wang miliknya terhadap aktres itu.

Dalam pada itu, Mak Wan meminta masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukum ke atas dirinya kerana tidak pernah melakukan semua perkara yang didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah jawab tuduhan panas baran, anggap bekas pengurus peribadi otak tak betul

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Mak Wan dalam video bukan lakonan, bekas PA mahu dedah lebih banyak bukti

"Janganlah hakimi saya, saya bukan muda lagi. Memang saya pelakon tapi saya tidak buat semua perkara itu.

"Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu," katanya.

Sementara itu, dalam temu bual berasingan, Amell mengakui pernah memukul pelakon veteran itu atas alasan mempertahankan diri.

Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu

MAK WAN LATAH

PELAKON

Amell menjelaskan dia bertindak demikian selepas diludah oleh Mak Wan ekoran dia bertanya satu soalan yang menimbulkan kemarahan aktres itu.

"Betul saya ada pukul Mak Wan, tetapi ia berlaku selepas dia ludah saya apabila saya bertanyakan satu soalan yang dia sendiri tak boleh terima.

"Saya serang dia sebab dia ludah saya," ujarnya.

mak wan latah 2

Amell sebelum mendedahkan Mak Wan mengamalkan perbuatan syirik.

Sementara itu, isu itu turut mendapat perhatian pelakon Didie Alias yang menjelaskan video tular menunjukkan Mak Wan mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu babak dalam sebuah drama.

"Sebenarnya ia adalah dialog dalam drama. Janganlah aibkan orang dan biarlah polis yang menjalankan siasatan.

"Jangan melampau sangat... kalau tak puas hati jumpa Didie Alias. Tak payah nak buli orang untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain