suria

Segelintir produksi drama tak profesional, Izara Aishah pilih fokus filem

Sikap tidak profesional produksi buat Izara lebih memilih.

MELIHAT kepada sikap segelintir produksi drama yang tidak profesional dan sukar memberi kerjasama, pelakon Izara Aishah kini memilih untuk memberi fokus kepada filem.

Pada tahap sekarang kata Izara, 29, berlakon filem memberi lebih kepuasan kepada dirinya memandangkan pembinaan karakter sangat dititikberatkan berbanding drama.

"Alhamdulillah masih ada banyak tawaran diberikan tetapi tiada yang sesuai. Saya memilih jalan cerita, skrip dan produksi yang akan saya bekerja sebelum memberikan kata putus.

izara 3

Izara lebih beri tumpuan membesarkan anak.

"Saya lihat segelintir produksi drama banyak yang tidak serius, atas sebab itu juga saya lebih memilih untuk berlakon filem.

"Ada di antara mereka juga bersikap tidak profesional dan susah untuk bekerjasama. Kalau berlakon filem, biasanya mereka akan lebih pentingkan karakter," katanya.

Izara ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun pertama Mono Scarves Rizman Ruzaini yang berlangsung di Bukit Bintang Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah tak terfikir berhenti berlakon cuma belum sedia tinggalkan anak - “Tidak yakin untuk ambil pembantu rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab bukan alasan Izara Aishah tak boleh melawa... tetap bergaya tapi berpada-pada - “Jual tudung is not my thing, Sorry”

Jelas Izara, sudah menjadi kebiasaannya untuknya apabila menerima sesuatu tawaran dia akan meneliti semua watak dan akan memilih karakter sesuai dengan kehendaknya berbanding sebagai pelakon utama.

Dalam pada itu, Izara berkata, bergelar ibu juga antara faktor dirinya memperlahankan kerjaya seni kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.

"Keutamaan saya sekarang adalah keluarga. Kalau ada penggambaran pun paling lewat kena pulang sebelum pukul 12 tengah malam.

Ada antara mereka yang bersikap tidak profesional sepenuhnya dan susah bekerjasama

IZARA AISHAH

PELAKON

"Pihak produksi juga sangat memahami permintaan saya itu malah saya sentiasa berusaha mengatur jadual agar karier, perniagaan dan keluarga seimbang.

"Tetapi buat masa ini saya belum boleh memberi tumpuan penuh kepada perniagaan kerana sibuk menguruskan anak sendiri," katanya.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Izara juga tidak melihat penampilannya yang sudah bertudung sebagai satu penghalang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

izara 1

Izara antara salah seorang artis yang dipilih sebagai wajah Mono Scarves Rizman Ruzaini.

Dalam masa sama, dia yang sudah lama bekerjasama dengan pereka fesyen Rizman Ruzaini meluahkan rasa gembira apabila dipilih sebagai salah seorang wajah mempromosikan koleksi tudung jenama berkenaan.

Izara antara salah seorang artis yang dipilih sebagai wajah Mono Scarves Rizman Ruzaini.

“Alhamdulillah... imej bertudung bukan satu kekangan untuk saya bekerja.

“Rasanya dari dahulu sama sahaja. Malah orang lebih nampak karakter sebenar saya dengan imej bertudung berbanding sebelum ini yang selalu dinilai berdasarkan pemakaian,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain