suria

“Bukan babak atas katil pun” - Da'i Syed dituduh lelaki gatal gara-gara video bersama Anna Jobling

Video Syed dan Anna mendapat kecaman hebat netizen.

GARA-GARA memuat naik video bersama pelakon Anna Jobling, pendakwah selebriti Da'i Syed menerima kecaman hingga ada netizen menuduhnya lelaki gatal.

Menyedari tidak mampu menutup mulut orang dari terus bercakap, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, menegaskan video berdurasi lapan saat tersebut bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

"Hanya kerana video lapan saat itu heboh diperkatakan orang. Bukannya ada perbuatan keterlaluan seperti duduk di atas riba atau babak atas katil.

syed 3

Syed enggan komen lanjut dituduh lelaki gatal.

"Orang tak tahu keadaan sebenar. Ketika video itu dirakam, bukannya kami berdua. Malah saya juga tidak duduk rapat dengan Anna.

"Apa yang saya boleh cakap, ia bukanlah seperti yang diperkatakan. Saya sedar pandangan orang mesti ada sahaja yang tidak kena," katanya kepada mStar.

Menjelaskan video tersebut hanya sekadar hiburan dan kandungan di media sosial, Syed juga memberitahu ia juga adalah untuk mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Terima Kasih Cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed menangis gara-gara tertekan kes cabul... Warna rambut sebab nak ‘move on’, tak sanggup tengok wajah dulu!

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed bebas tuduhan jenayah seksual... Pengadu alami kemurungan, beberapa kali cederakan diri

Enggan memanjangkan isu ini, Syed mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lanjut dan membiarkan sahaja perkara ini diperkatakan.

"Saya dan Anna sama-sama terlibat dalam sebuah drama baharu. Dalam drama tersebut saya membawa watak seorang ustaz memakai kopiah. Sebab itu terus orang anggap saya mencemarkan imej tersebut.

"Kami rakam video tersebut sekadar suka-suka untuk media sosial. Dalam masa sama boleh beritahu kepada orang ramai tentang drama baharu lakonan kami.

Ada juga membaca komen-komen yang diberikan dan memang terkesan dengan kata-kata mereka. Namun apa boleh buat?

DA'I SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

"Saya pun tak boleh nak komen banyak tentang apa yang diperkatakan orang. Jadi biarkanlah mereka terus bercakap," ujarnya.

Terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan, Syed juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam perkongsiannya selepas ini.

"Ada juga membaca komen-komen yang diberikan dan memang terkesan dengan kata-kata mereka. Namun apa boleh buat?

"Semestinya saya akan lebih berhati-hati apabila berkongsi isu yang menyentuh perkara sensitif sebegini di media sosial," jelasnya.

Artikel Lain