suria

Hati Tomok terjentik bantu gelandangan nyanyi lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’... Niat awal nak jumpa tapi tidak kesampaian

Tomok hanya dapat berbual dengan lelaki berkenaan menerusi panggilan video.

IKHLAS mahu membantu! Penyanyi Tomok terjentik hati untuk menghulurkan sumbangan kepada seorang gelandangan yang menyanyikan lagu popular kumpulan New Boyz berjudul Sejarah Mungkin Berulang.

Cerita Tomok, 38, dia membuat satu hantaran menyatakan hasrat untuk berjumpa selepas menonton video lelaki berkenaan menyanyikan lagu itu di media sosial, baru-baru ini.

Impiannya itu bagaimanapun tidak kesampaian kerana lelaki berkenaan berada di Semporna, Sabah dan mereka hanya mampu bertentang mata menerusi panggilan video.

tomok 3

Tomok gembira dapat menghulur bantuan kepada orang yang memerlukan.

"Apabila saya menonton video dia menyanyi terus terdetik dalam hati saya untuk membantu. Melihat keadaannya yang tidak terurus duduk di lantai timbul rasa kasihan. Perasaan itu datang tiba-tiba.

"Sebab itu saya terus kongsikan di media sosial mahu mencari individu tersebut. Walaupun dalam keadaan yang mungkin tidak berapa sihat, dia masih boleh ingat lagu saya dan ketika dihubungi, dia kenal siapa saya," katanya kepada mStar.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut tidak menyangka ramai rakyat yang prihatin ingin membantu dengan menghantar direct message berkongsi informasi tentang lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kawan dah ada rambut, Tomok tunggu terbuka hati buat ‘style’ belah tengah semula

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa tahun cuba bertahan, Tomok akhirnya tutup bisnes tudung Arriandra - “Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan”

Dalam masa sama, Tomok juga memberitahu ada individu menghubunginya dan mahu menjadi orang tengah bagi menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut.

"Walaupun saya tidak pernah kenal orang yang mahu menjadi perantara itu, tetapi saya percaya dia boleh membantu. Saya yakin jika ada niat untuk menghulurkan bantuan Allah akan permudahkan.

Bersedekah tidak akan buat kita jatuh miskin. Tak salah hendak membantu orang lain jika ada rezeki lebih

TOMOK

PENYANYI

"Saya minta supaya membelikan sedikit barangan keperluan asas untuk lelaki itu dan bantu dari segi menguruskan diri supaya nampak lebih baik. Hanya bantuan kecil sahaja... sekadar berkongsi rezeki," ujarnya.

Sementara itu, Tomok berkata dia tiada niat menunjuk-nunjuk dalam melakukan kebaikan, sebaliknya menganggap ia merupakan satu bentuk perkongsian rezeki.

tomok 2

Percaya pada konsep rezeki, Tomok ikhlas menghulur bantuan.

"Saya percaya dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain. Bersedekah tidak akan buat kita jatuh miskin. Tak salah hendak membantu orang lain jika ada rezeki lebih.

"Saya kongsi apa yang dibuat di media sosial bukan nak menunjuk-nunjuk.

"Saya anggap ia juga sebagai satu penghargaan buat orang lain yang sudi membantu saya mencari lelaki tersebut," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain