PELAKON Haidar Hasanudin bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan apabila nyaris disondol seekor lembu korban pada Ahad. Haidar berkata, Insiden itu berlaku dalam sekelip mata selepas tali yang digunakan untuk mengikat haiwan terbabit terlepas daripada ikatan. Katanya, ketika kejadian dia bersama beberapa orang rakan sedang berehat sebelum dikejutkan dengan kehadiran lembu berkenaan. "Ia satu pengalaman lucu buat saya pada tahun ini. Perkara itu berlaku secara tiba-tiba sewaktu saya bersama beberapa orang rakan sedang duduk bersantai. "Kemudian kami lihat ada seekor lembu sedang berlari laju seakan menuju ke arah kami. "Pada masa sama, saya juga ternampak sekumpulan jemaah surau mengejar lembu itu dari arah belakang," jelasnya. Sekiranya benar itu berlaku, memang tak dapat jadi pelakon selepas ini HAIDAR HASANUDIN PELAKON ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha cantik, Haidar Hasanudin gemuruh kena berlakon jadi tunang! Haidar bagaimanapun bersyukur kerana kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada sesiapa. "Jika nasib kurang baik, hampir-hampir juga kami akan menjadi mangsa 'rempuhan' lembu itu. "Sekiranya benar itu berlaku, memang tak dapat jadi pelakon selepas ini," katanya. Terdahulu, Haidar memulakan kerjaya sebagai pembantu produksi belakang tabir sebelum mendapat tempat membintangi drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI