TINDAKAN penyanyi dan pelakon Jasper Supayah keluar daripada pengurusan Dinomay Entertainment (DME) telah memberi kesan kepada pemilik syarikat tersebut, Lynnda Sharudin yang didakwa bermasalah. Tidak menafikan berlaku salah faham dengan aktres itu, Lynnda berkata pihaknya terkilan apabila perkara tersebut dipanjangkan kepada pihak media tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu dengan pengurusan. "Sebenarnya dia bukanlah bernaung di bawah DME, saya hanya uruskan Jasper secara freelance. Apabila dia beritahu hendak uruskan diri sendiri, saya terima keputusan itu. Jasper dakwa pihak DME tidak profesional. "Memang ada timbul sedikit masalah, hanya orang terdekat sahaja tahu. Tetapi saya terkilan apabila dia panjangkan cerita ini kepada pihak media tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Hilang sabar selepas kena ludah, pembantu peribadi mengaku pukul Mak Wan Latah... Duit jadi punca utama! Sementara itu, Lynnda berkata, ekoran tindakan Jasper, namanya sedikit sebanyak terjejas apabila ada pihak menuding jari meletakkan kesalahan ke atas dirinya. Enggan memanjangkan isu itu, Lynnda sebaliknya meletakkan perkara itu kepada orang ramai untuk menilainya sendiri. "Tidak dinafikan nama saya sedikit terjejas berikutan hal ini. Bagaimanapun saya sudah bersedia dari awal. Apa pun tuduhan yang dia buat, terpulanglah kepada orang ramai untuk percaya atau tidak. Tetapi saya terkilan apabila dia panjangkan cerita ini kepada pihak media tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu LYNNDA SHARUDIN "Apabila saya baca tentang cerita tersebut, saya hanya tergelak. Mereka yang tahu cerita sebenar pasti mereka setuju dengan saya. "Kalau boleh saya tidak mahu keruhkan keadaan. Lebih baik saya tidak memberi sebarang kenyataan, yang berlalu biarkanlah," jelasnya. Jasper menerusi laporan media mendakwa pihak DME tidak profesional sehingga memberi kesan buruk ke atas namanya sehingga disenarai hitam oleh beberapa produksi. Bekas peserta Akademi Fantasia 2016 ini juga memberitahu dia turut membantu Lynnda dan DME dalam pengurusan syarikat sehingga berjaya menarik lebih ramai artis bernaung di bawahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI