suria

Dapat tahu bekas kekasih sudah berkahwin, Abbas Mahmood reda walau pernah simpan hasrat kembali bersama

Abbas terima dengan hati terbuka bekas kekasih sudah berkahwin.

REDA menerima perkhabaran bekas kekasih selamat mendirikan rumah tangga pada Selasa, pelakon baharu Abbas Mahmood menganggap ia berita berat namun terpaksa dihadapi dengan tenang.

Pernah menyimpan perasaan untuk kembali bersama selepas putus hubungan beberapa bulan lalu, Abbas, 24, bagaimanapun percaya Allah akan hadirkan jodoh terbaik buatnya di masa akan datang.

"Sebelum ini tamatkan hubungan dengan cara baik kerana kedua-duanya memilih untuk fokus dengan kehidupan masing-masing. Saya tidak sangka pula dia tiba-tiba berkahwin semalam.

abbas 2

Abbas doakan bekas kekasih bahagia bersama suami.

"Selepas berpisah ada juga harapan untuk kembali bersama, tetapi tiada jodoh antara kami. Saya dapat tahu dia sudah berkahwin apabila ibunya sendiri memaklumkan berita itu kepada saya.

"Memang satu khabar berat untuk saya terima kerana kehilangan orang yang kita sayang. Saya percaya kalau dia bukan jodoh, walau cuba usaha sekalipun tetap tidak akan saya miliki," katanya kepada mStar.

Pelakon filem 3 Janda Melawan Dunia ini terdahulu berkongsi cerita tersebut menerusi satu gambar bersama bekas kekasihnya itu di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon baharu, Abbas Mahmood tak gila ‘spotlight’, akui nilai diri lebih tinggi daripada pengikut IG

Tiada niat untuk mendedahkan kisah lama atau sengaja mahu mencari publisiti, Abbas memberitahu dia sekadar mendoakan yang terbaik buat wanita itu selain mahu berkongsi perasaan dengan mana-mana lelaki yang turut melalui situasi sama.

"Bukan saya mahu sengaja dedahkan identiti dirinya atau mencari publisiti. Dalam perkongsian itu juga tiada kata-kata yang tidak elok sehingga boleh menimbulkan spekulasi. Saya hanya berdoa untuk kebahagian dia.

"Perpisahan kami memberi hikmah buat kedua-duanya. Dia mendapat jodoh yang lain dan saya sekarang ini lebih berusaha mendalami agama selain dapat dekatkan diri dengan Allah.

Memang satu khabar berat untuk saya terima kerana kehilangan orang yang kita sayang

ABBAS MAHMOOD

PELAKON

"Rasanya bukan saya seorang sahaja yang mengalami situasi begini, jadi tak salah untuk saya berkongsi supaya orang lain juga dapat pengajaran untuk reda," ujarnya.

Mengambil iktibar dari kisah sendiri, Abbas kini sedia mencari wanita untuk dijadikan isteri dan bukan lagi membuang masa bermain cinta.

"Status saya sekarang ini masih single. Kalau mahu mencari teman hidup saya tidak mahu buang masa bercinta terlalu lama. Lebih baik saya mencari isteri yang boleh menghadapi hidup ini bersama," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain