NAMA pelakon Intan Najuwa menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas tular video berpeluk dengan aktor, Aliff Aziz di pusat peranginan, Genting Highlands, Pahang. Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, memberitahu babak mesra itu dirakam semasa dia menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter. Menurut Intan, kesemua kru produksi yang terlibat untuk drama berkenaan turut berada di set penggambaran ketika itu. Intan jawab video tular. "Kan tengah shooting, nampak tak kamera tengah rolling tu. "Semua orang dekat situ tengah shooting drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke?" katanya. Intan Najuwa menjawab mengenai persoalan itu menerusi Instastory pada Khamis. Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif INTAN NAJUWA PELAKON Sebelum itu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai video memperlihatkan aksi mesra Intan bersama Aliff Aziz. Ia mengundang rasa kurang senang segelintir netizen hingga ada menyelar tindakan aktres ini dilihat bermesra dengan suami kepada Bella Astillah itu. ARTIKEL BERKAITAN: Banyak berkorban dan bersabar setiap kali cetus kontroversi, Aliff Aziz syukur ibu sentiasa di sisi ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui fasa keretakan rumah tangga, Aliff Aziz dan Bella Astilah kongsi rasa bahagia dalam lagu Sementara itu, Intan turut meminta blogger tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung video berkenaan. "Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif," soalnya. Jodohku Babysitter bersiaran di Astro merupakan karya adaptasi novel Nureen Ahmad. Selain Intan Najuwa dan Aliff Aziz, drama ini turut dibintangi oleh Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shohara, Yuna Rahim, Nina Juren, Isaac Iman dan Tasya Nazira. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI