suria

Mahu lonjakkan kembali nama, Randy Pangalila rindu berlakon di Malaysia

Randy Pangalila rindu berlakon di Malaysia.

NAMA Randy Pangalila bukan asing dalam kalangan peminat tempatan malah aktor Indonesia itu sebelum ini banyak membintangi drama bersiri di Malaysia.

Randy yang ditemui pada tayangan filem Perjalanan Utama baru-baru ini memberitahu rindu untuk kembali berlakon dalam produksi di negara ini.

"Sejujurnya saya rindu berlakon di Malaysia, malah sudah ada perbincangan untuk menghasilkan beberapa projek seperti Gantung The Series musim kedua.

"Bagaimanapun projek itu terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia. Dalam keadaan yang semakin pulih, saya harap apa yang tergendala dapat diteruskan," katanya.

Mengimbau pengalaman berlakon di Malaysia, Randy memberitahu ia sesuatu menyeronokkan sehingga melonjakkan namanya dalam kalangan peminat di sini.

Perjalanan Pertama - Launching 1

Pelakon ini bakal muncul dalam filem Perjalanan Utama bergandingan dengan Datuk Ahmad Tamimi Sirergar.

Selain Gantung The Series, antara drama Malaysia lain yang dia turut terlibat adalah seperti Dalam Hati Ada Taman (2012), Benci vs Cinta (2013) dan Urusan Hati Cik Drama Queen (2017).

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Jolobu The Movie perlihat sisi komedi Hattan, tapi kekal lantang di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat tunjuk ‘bunga silat’ elak dicekup polis, siap samakan diri dengan Mat Kilau! Netizen terhibur suruh masuk Maharaja Lawak

Dalam pada itu, mengenai pembabitannya dalam filem Perjalanan Pertama, Randy memberitahu ia adalah satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon hebat Malaysia seperti Datuk Ahmad Tamimi Sirergar.

Ujarnya, biarpun peranannya dalam filem berkenaan tidak besar, tetapi dia tertarik menerima tawaran berkenaan kerana mesej yang disampaikan menerusi filem arahan Arief Malinmudo itu.

“Sebaik membaca skrip filem ini, saya lantas tertarik dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan, berkisar tentang hubungan antara datuk dan cucu yang jarang dipertontonkan.

“Soal filem ini berbajet besar atau tidak, watak kecil atau sebaliknya... apa yang lebih penting mesej dalam penceritaannya itu,” ujarnya yang memegang watak sebagai Mukhtar.

Selain Randy dan Ahmad Tamimi, filem Perjalanan Pertama turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Muzakki Ramdhan, Adinda Thomas dan Gilang Dirga.

Diterbitkan menerusi usahasama syarikat D’Ayu Pictures (Malaysia) dan Mahakarya Pictures (Indonesia), ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Ogos ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain