suria

Lama simpan rahsia, akhirnya Wany Hasrita umum nikah

Wany kongsi berita gembira bergelar isteri malam Jumaat.

PENYANYI Wany Hasrita berkongsi berita gembira melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Wany, 30, memaklumkan dia bakal bergelar isteri pada malam Jumaat.

Penyanyi lagu Menahan Rindu ini memohon doa peminat dan berharap majlis pernikahannya itu dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita tidak mahu terlalu berkongsi soal jodoh selagi tiada kepastian, mohon doa yang baik-baik

"Syukur kepada Allah Yang Maha Merancang setiap sesuatu dimuka bumi ini.

"Wany dengan rasa rendah hati ingin memohon doa kalian semua untuk menempuh kehidupan di fasa yang baharu.

"InsyaAllah, saya akan bernikah malam ini, jadi dikesempatan ini, saya ingin mohon maaf andai pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau mengecilkan hati anda semua," tulisnya pada ruangan kapsyen.

wany 1

Wany mohon doa peminat.

Wany sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangan untuk berumah tangga namun merahsiakan hal tersebut termasuk identiti bakal suami.

Difahamkan majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah lokasi dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain