suria

Anna Jobling minta cuba sendiri sebelum kecam, Tya Arifin edar 10,000 pek percuma jamu

Anna meminta agar netizen merasai sendiri produk Tya Ariffin sebelum memberikan sebarang komen negatif.

PELAKON Anna Jobling menyifatkan tindakan segelintir warganet yang melemparkan kata-kata kecaman terhadap produk jamu keluaran Tya Arifin yang dikatakan pahit sebagai cuba menutup periuk nasi usahawan berkenaan.

Anna atau Anna Ellisa gustin Jobling sebaliknya berkata, sebagai pengguna produk Mutyara dia sendiri sudah merasai keberkesanan jamu itu yang mempunyai pelbagai khasiat dan tidak mempunyai rasa pahit seperti didakwa.

"Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap produk jamu Tya pahit. Sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba pun. Saya sendiri sebagai pengguna sangat berpuas hati dengan jamu itu yang langsung tidak berasa pahit malah manis.

Untitled design (8)

Anna berpendapat netizen tidak wajar untuk memberikan komen negatif sebelum mencuba terlebih dahulu.

"Rasa manisnya bukanlah seperti manis buatan tetapi manis daripada bahan seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat sedap.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mesra macam pasangan bercinta! Meerqeen tahu batas hubungan dengan Anna Jobling... Teruja bakal terbang ke Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan digelar mat salih, Anna Jobling bangga mengaku orang Melaka

"Pada saya sebelum hendak komen, cuba dahulu. Tak baik tutup periuk nasi orang lain," katanya.

Anna terpanggil memberi reaksi dan mempertahankan Tya menerusi sebuah video di Instagram dan perkongsian itu sudah mencecah 400,000 tontonan selain lebih 50,000 tanda suka.

Sebelum nak menilai atau menghentam produk orang lain, cuba terlebih dahulu dan baru komen.

ANNA JOBLING

PELAKON

Dalam pada itu, Anna turut menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum memberi sebarang komen terhadap individu lain.

"Sebelum nak menilai atau menghentam produk orang lain, cuba terlebih dahulu dan baru komen.

"Saya harap Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran dan sentiasa positif dalam memastikan perniagaan terus maju," katanya.

Rentetan isu itu, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma produk itu kepada sesiapa yang ingin merasai sendiri jamu berkenaan dengan melayari laman web www.mutyara.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain