suria

Pernah dikecam meniru karya antarabangsa, Waris muncul dengan ‘Botingket II’ versi original

Waris menjalani penggambaran dalam keadaan suhu -17 °C di Turkiye.

SEKITAR enam tahun lalu, lagu Botingkek nyanyian Waris dan Juzzthin mendapat kritikan apabila didakwa meniru karya antarabangsa, YC bertajuk Racks.

Tidak lagi dibelenggu dengan perkara itu, Waris kini muncul dengan lagu baharu di samping mengekalkan tajuk serupa, Botingket II (Wahan Remix).

Lagu tersebut sekali gus menjadi versi kedua Botingket.

Kata Waris, sekiranya dahulu dia dituduh meniru lagu penyanyi lain, namun sekarang dirinya tampil dengan membawakan pembaharuan.

waris3

Waris menjalani penggambaran muzik video di Turkiye selama 12 hari pada bulan Mac lalu.

"Masa dulu kena kecam sebab tiru lagu orang dan sekarang tidak lagi. Kita buat lain daripada sebelumnya, tetapi konsep cerita tetap sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 10 tahun, Waris dapat idea ‘Rembau Most Wanted Part II’... kali ini muncul bersama Nabil Ahmad depan kubur

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penganjur hanya minta Waris jangan berjalan dan loncat-loncat... Tak sangka tetap kena kecam

"Masih tentang duit. Dahulu cara cari duit berbeza dengan sekarang. Kalau kita lihat keadaan semasa dengan ekonomi meleset, pandemik, penindasan dan sebagai, membuatkan ramai antara kita yang terkesan dalam mencari duit," terangnya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, muzik video lagu terbabit yang dilakukan sepenuhnya di Turkiye juga sudah boleh ditonton di YouTube bermula Isnin.

Untitled design (1)

Sambil bercuti bersama keluarga di luar negara, Waris turut merakamkan muzik video lagu terbaharu bertajuk Botingket II (Wahan Remix).

Kongsi Waris, sesi penggambaran selama 12 hari dilakukan tanpa sebarang perancangan dan segalanya dilakukan ketika sampai di negara itu.

"Perancangannya untuk bercuti, tetapi pada saya sayang sekiranya pergi berjalan-jalan tidak melakukan rakaman.

"Jadi saya minta bantuan pemandu pelancong di sana untuk dapatkan kru produksi dan memilih beberapa lokasi untuk dilakukan penggambaran," ujarnya.

Masa dulu kena kecam sebab tiru lagu orang dan sekarang tidak lagi. Kita buat lain daripada sebelumnya, tetapi konsep cerita tetap sama

WARIS

PENYANYI

Waris turut memberitahu ketika muzik video itu dirakamkan, ia terpaksa dilakukan ketika keadaan cuaca -17 °C.

"Ketika di Cappadocia saya perlu berada di set seawal pukul 6 pagi (waktu tempatan). Waktu itu bulan Mac dan musim sejuk.

"Jadi bayangkan apabila perlu berada dalam keadaan begitu. Mahu atau tidak saya tetap perlu teruskan juga," katanya.

waris1

Waris menjalani penggambaran pada suhu -17°C.

Dalam pada itu, dalam nada seloroh, Waris memberitahu, anak perempuannya Tihani Izz Nina tidak lagi meminati animasi Frozen gara-gara tidak tahan kesejukan.

"Dulu dia suka pakai gaun Frozen dan minat dengan ais, tetapi hari ketiga di Turkiye sudah merungut ingin balik.

"Kedua-dua anak saya bersyukur dengan cuaca panas di Malaysia berbanding di sini kerana terlalu sejuk," katanya.

Waris juga mengatakan sebaik pulang daripada negara berkenaan, dia bersama isteri dan dua anak menjalani kuarantin selama 10 di rumah berikutan disahkan Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain