suria

Syukur! Siti Nurhaliza lega berjaya buka sekolah di Gaza, persembahan amal November depan bantu isi dana teruskan projek amal

Siti Nurhaliza bersyukur dapat membuka sebuah sekolah di Gaza, Palestin.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk membuka sebuah sekolah di Gaza, Palestin tercapai.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu, hasrat yang sudah lama terpendam itu akhirnya berjaya direalisasikan di bawah Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Kata Siti, sekolah yang diberi bersempena nama kedua-dua anaknya, Afwa dan Afiyah itu menyediakan pendidikan awal dan hafazan al-Quran buat kanak-kanak seawal umur empat tahun.

Pelajar

Suasana di sekolah Afwa dan Afiyah di Gaza.

"Alhamdulillah saya gembira kerana ia adalah impian yang ingin saya lakukan sejak dahulu lagi.

"Kita maklum apa yang berlaku terhadap anak-anak ini di bumi Gaza. Jadi kita nak mereka berjaya dengan pendidikan bersama adab yang baik," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Terharu sokongan peminat, Dewa 19 tambah satu malam lagi konsert di Kuala Lumpur

ARTIKEL BERKAITAN: Ras Adiba Radzi tak sedap hati, gerak misi cari Zalina Azman malam ini!

Siti ditemui ketika majlis sidang media Showcase Persembahan Amal Khas, Music of The Soul, An Evening with Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan pada Selasa.

Semoga ini menjadi amalan untuk saya dan suami di akhirat kelak.

SITI NURHALIZA

PENYANYI

Acara yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 November depan itu akan menyaksikan Siti bergandingan dengan legenda rock, Datuk Awie di atas pentas sama.

Dalam pada itu, Siti memberitahu pihaknya memperuntukkan sekitar RM10,000 sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar dan pengurusan sekolah selain membeli buku pelajaran serta makanan.

Kata Siti, beliau akan memperuntukkan wang yang diperolehi daripada persembahan pentas, pelantikan duta produk serta sumbangan peribadi untuk disumbangkan kepada sekolah berkenaan.

"Saya cuba salurkan sumbangan pada setiap tahun sama ada sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa atau peribadi. Minimum RM10,000, tetapi jika ada keperluan tambahan jumlah itu akan meningkat.

41b310cb-fe58-4c3e-b139-ade0e575c3b6

Music of The Soul, An Evening with Datuk Siti Nurhaliza akan menampilkan Datuk Awie.

"Setiap pendapatan yang diterima daripada persembahan, duta produk dan sebagainya akan saya bahagikan untuk sumbangan. Semoga ini menjadi amalan untuk saya dan suami di akhirat kelak," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai persembahan amal khas berkenaan, Siti memberitahu sepanjang kariernya belum pernah mengadakan persembahan eksklusif bersama Awie dan acara ini adalah pertama mengandingkan dirinya dengan penyanyi rock tersebut.

"Ini kali pertama dan sudah tentu saya berasa teruja dengan persembahan amal khas ini.

"Saya sendiri membesar mendengar lagu-lagu nyanyian kumpuan Wings. Pada persembahan itu nanti saya akan menyanyikan empat buah lagu gabungan bersama Awie," katanya.

Siti

Siti menyumbangkan sepenuhnya jualan tiket kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu sekolah di Gaza dan individu memerlukan.

Bagi persembahan amal itu, Siti menyasarkan kutipan tiket sebanyak RM1 juta yang akan disumbangkan sepenuhnya kepada Yayasan Nurjiwa bagi membantu sekolah di Gaza dan individu memerlukan di dalam negara.

Siti berkata, pada persembahan amal itu nanti, mereka akan menghiburkan peminat selama dua jam dengan membariskan 20 buah lagu di Dewan Plenary KLCC pada pukul 8.45 malam.

Tiket dijual pada harga RM188, RM288, RM588, RM788, RM988 dan RM1,188 dan tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.myticket.asia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain