suria

Awal pagi berkejar ke hospital, Tajul panik isteri mengadu sesak nafas seperti ada orang duduk atas dada

Isteri Tajul tiba-tiba mengadu sakit dada dan mengalami kesukaran bernafas.

ISTERI kepada penyanyi Tajul iaitu Nurul Shamieza Eddie terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor pada awal pagi Selasa selepas tiba-tiba mengadu sukar bernafas.

Berkongsi detik cemas yang berlaku, Tajul berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur sebelum isteri mengejutkannya dalam keadaan panik tidak dapat bernafas.

"Ketika kejadian, saya sudah tidur dan tiba-tiba isteri kejutkan saya mengadu dia tidak boleh bernafas. Dia rasa seperti ada orang duduk di atas dadanya.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus bawa isteri ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi mStar.

tajul 22

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Terdahulu, Nurul Shamieza berkongsi keadaannya ketika menerima rawatan di hospital berkenaan di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dipinggirkan dan diberi bayaran setaraf watak extra, ‘Dendam Seorang Isteri’ penyelamat Aidit Noh

Sementara itu, penyanyi lagu Izinkan Aku ini berkata, dia lega apabila isterinya tidak mengalami sebarang masalah serius dan sudah dibenarkan pulang selepas beberapa jam dibawah pemantauan doktor.

"Sepanjang di hospital, doktor berikan ubat dan masukkan air. Syukur keadaan isteri sekarang semakin baik. Dia juga sudah dibenarkan pulang ke rumah," ujarnya.

Tajul dan Nurul Shamieza mendirikan rumah tangga empat tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adriana Carisa dan Adrian Rifqy.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain