suria

Serik komen isu rumah tangga artis, individu fitnah Puteri Sarah mohon maaf secara terbuka

Sarah ucapa terima kasih atas permohonan maaf yang dibuat.

SUSULAN pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang pengguna media sosial, individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada malam Isnin.

Individu tersebut dalam kenyataan terbukanya memohon maaf kepada Sarah disebabkan perkongsian di Instagram pada 17 Julai lalu yang memberi komen tentang rumah tangga selebriti itu dengan pengarah Syamsul Yusof.

"Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.

sarah 3

Kenyataan fitnah netizen terhadap Sarah.

"Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya," katanya.

Dalam permohonan maaf itu juga, individu tersebut turut mendoakan agar pelakon itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan serta dipermudahkan semua urusan.

Sarah yang mengulang siar kenyataan berkenaan di Instagram Story mengucapkan terima kasih atas permohonan maaf yang dibuat individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri!” - Tidak biar diri terus dibuli, Puteri Sarah hantar notis saman fitnah kepada netizen

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai bila mahu dipijak-pijak?” - Puteri Sarah saman Ira Kazar, nampak jalan selepas solat istikharah

Terdahulu, tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila individu berkenaan membalas satu kenyataan yang pernah dikongsi pelakon ini di media sosial dan menunjukkan dia seperti diserang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.

"Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

"Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun 'penyondol' yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia," tulis komen berkenaan.

Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya

NETIZEN

Melihat ia sebagai satu kenyataan fitnah, Sarah mengambil tindakan memfailkan notis saman menerusi peguamnya Natasha Basheer and Associate.

Menerusi perkongsian sebelum ini, Sarah menjelaskan apa dilakukan adalah sebagai pengajaran buat mana-mana pihak agar tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya.

"Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.

“Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri," katanya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain