suria

“Sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri!” - Tidak biar diri terus dibuli, Puteri Sarah hantar notis saman fitnah kepada netizen

Sarah kini tegas pertahankan diri.

TIDAK membiarkan dirinya terus dibuli, terkini pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap perkara tidak benar tentang dirinya di laman sosial.

Sarah, 37, berkata, tindakan itu dibuat sebagai satu bentuk pengajaran kepada warganet agar tidak membuat sebarang spekulasi tanpa bukti kukuh terhadapnya.

"Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.

Sarah ambil tindakan terhadap individu buat fitnah.

Sarah ambil tindakan terhadap individu yang buat fitnah.

"Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri," katanya menerusi Instagram.

Tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila seorang pengguna media sosial membalas satu kenyataan yang pernah dikongsinya di media sosial sebelum ini.

Beberapa komen yang dikongsi oleh Sarah di media sosial menunjukkan dia seperti diserang dengan kenyataan balas memburukkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai bila mahu dipijak-pijak?” - Puteri Sarah saman Ira Kazar, nampak jalan selepas solat istikharah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mahkamah perintah Ira Kazar tak ganggu Puteri Sarah

"Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.

"Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun 'penyondol' yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk benci skandal suami dia," tulis komen berkenaan.

Sarah turut memuat naik notis saman terhadap individu itu di Instagram menerusi peguamnya, Natasha Basheer and Associate.

Jangan buat fitnah fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai menyokong tindakan pelakon itu bagi mempertahankan dirinya.

"Ajar mereka dengan tindakan yang betul. Baru mereka tahu. Mengata tanpa tahu cerita sebenar apa yang dialami tuan badan.

"Fight for your right. Jangan jadikan benda salah itu normal. Penyondol dah tentu salah," komen netizen.

sarah 2

Ira (kanan) didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul.

Sarah sebelum ini telah mengeluarkan surat saman terhadap aktres Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Syamsul Yusof.

Terdahulu, Sarah memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga menggangu rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada 4 Julai lalu memerintahkan pelakon Ira Kazar yang didakwa menggangu rumah tangga Sarah dan suami, Syamsul Yusof diperintahkan untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadapnya dalam media sosial sehingga perbicaraan penuh kes berkenaan.

Kes itu akan disebut semula pada 23 Ogos ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain