suria

Kerja tanpa henti, doktor tahan Adam Lee di hospital kerana kepenatan

Adam menerima rawatan di hospital sejak Ahad.

GARA-GARA mengalami keletihan melampau, pelakon Adam Lee terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan selain diminta berehat.

Adam atau Muhammad Arif adam Mohamed Fadlee, 28, berkata, badannya mula menunjukkan rasa letih sejak lima hari lalu sebelum membuat pemeriksaan di sebuah klinik kerana menyangka dirinya terkena demam denggi.

"Selepas tiga hari badan rasa tak sedap, saya pergi ke klinik untuk lakukan pemeriksaan kerana bimbang jangkitan denggi, tetapi doktor minta pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.

"Apabila melakukan pemeriksaan di hospital, doktor beritahu saya mengalami kepenatan dan badan saya lemah, perlukan rehat. Buat masa sekarang tidak diberi sebarang ubat, cuma masuk air sahaja.

adam lee 2

Adam sibuk bekerja sehingga tiada masa rehat.

"Doktor nasihatkan agar saya mendapat rehat sebelum kembali bekerja," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Adam yang kini sedang menjalani penggambaran drama Bukan Lelaki Terhebat mengakui kurang rehat sejak beberapa bulan lalu kerana tawaran berlakon berturut-turut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina, Adam Lee cuti raya 5 hari saja... Sedang buat persiapan hari bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee berpuasa sepanjang PKP - “Selalu sibuk... inilah masa untuk perbaiki diri”

Meskipun diminta berehat, Adam berharap segera dibenarkan discaj dari hospital agar dapat kembali ke lokasi penggambaran untuk melunaskan tanggungjawabnya yang belum selesai.

"Rasanya sejak awal penggambaran dibenarkan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu saya memang tidak ada masa rehat. Selepas tamat satu drama, saya perlu bersedia untuk ke projek lain pula.

Kali ini terjadi kepada saya... Inilah rasanya masuk hospital sebab penat bekerja.

ADAM LEE

PELAKON

"Selama ini saya hanya mendengar khabar rakan artis masuk hospital sebab shooting. Kali ini terjadi kepada saya. Inilah rasanya masuk hospital sebab penat bekerja.

"Kalau boleh saya tak nak duduk lama-lam di hospital dan semoga segera dapat kembali bekerja," ujarnya.

Sementara itu, Adam berkata, keadaan kesihatannya itu merosot mungkin disebabkan dia tidak biasa duduk diam dan lebih senang sibukkan diri dengan kerja.

"Saya tidak suka duduk hospital. Selagi boleh kerja saya tidak boleh duduk diam. Memanglah degil, tetapi saya ada tanggungjawab," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain