suria

Insiden cederakan rakan sejenis enggan seks oral, Sarimah Ibrahim bimbang tahap pemikiran dan gaya hidup remaja masa kini

Sarimah meluahkan kebimbangan terhadap insiden melibatkan remaja berusia 13 tahun baru-baru ini.

INSIDEN seorang pelajar lelaki tingkatan satu yang didakwa mencederakan rakannya dan mengugutnya dengan pisau gara-gara enggan melakukan seks oral mengundang kebimbangan pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim.

Sarimah berkata, beliau bimbang dengan tahap pemikiran dan gaya hidup remaja masa kini serta mempersoalkan bagaimana kejadian seumpama itu boleh berlaku dalam kalangan remaja.

Tambahnya, isu kesihatan mental dan tindakan diluar kawalan tanpa belas kasihan, seakan-akan memberi cerminan kehidupan tiada arah tuju dalam kalangan remaja.

Untitled design (1)

Sarimah meluahkan rasa bimbang terhadap insiden remaja 13 tahun sanggup menderakan kanak-kanak 11 tahun dengan pisau di Gurun, Kedah.

"Risau betul. Usia 13 tahun. Tidak tahu batas dan seperti sesat. Persoalannya, di mana dan bila dia belajar buat perkara macam ini? Atau ia 'normal'?," katanya menerusi entri di Twitter.

Sarimah mengulas mengenai kejadian itu pada Ahad lalu di sebuah taman perumahan di Gurun, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah nafsu terbantut gara-gara rakan sejenis tak mahu hisap kemaluan, remaja ‘Kancil hijau’ keluarkan pisau... Suspek kini ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja maut ditikam di kawasan sekolah

Dalam pada itu, Sarimah berkata, segala tindakan remaja boleh dipengaruhi oleh individu di sekitarnya malah ia dibuktikan melalui kajian.

553

Tangkap layar sedutan rakaman remaja 13 tahun ditahan selepas mencederakan rakannya.

"Kajian menunjukkan, kanak-kanak akan melakukan perkara yang mereka lihat dan akan meniru daripada contoh," katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa yang berusia 11 tahun berkenaan mengalami lebam pada pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek. Selain itu, terdapat kesan luka dan calar di dada, badan serta lutut kanan mangsa dipercayai dicederakan suspek dengan sebilah pisau.

Sewaktu kejadian, suspek dikatakan membawa mangsa menaiki sebuah kereta Perodua Kancil dan diarahkan membuka seluar suspek dan meminta menghisap kemaluannya, tetapi ditolak mangsa dan berlaku pergelutan.

Akibat perbuatan itu, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain