suria

[VIDEO] Suami pelakon Maria Arshad meninggal dunia, Tyzo ‘halau’ Sharifah Shahirah suruh teman ibu mentua

Datuk Abdul Rahman Abu Bakar meninggal dunia pada petang Rabu.

SUAMI kepada pelakon popular era-80 Datin Maria Arshad iaitu Datuk Abdul Rahman Abu Bakar meninggal dunia pada petang Rabu.

Maria menerusi Instagram memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.49 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam hantaran sama, Maria turut memaklumkan Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut selepas solat Zohor.

"Innalillahiwainailaihirojiun. Dukcita ingin dimaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar telah menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM pada pukul 12.49 tengah malam semalam.

Shierax

Gambar keluarga mentua Sharifah Shahirah.

"Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Insya-Allah," tulisnya.

Maria turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada keluarga, sahabat handai dan kenalan yang telah hadir ke proses pengebumian Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Perniagaan terjejas selepas pelanggan tular video di media sosial, Haqiem Rusli enggan ambil tindakan

"Pada semua yang mendoakan dan menghantar WhatsApp atau mesej secara langsung, terima kasih," katanya.

Sementara itu, penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melahirkan rasa terharu terhadap rakan sekerjanya, Tyzo yang tidak membenarkan dia bertugas di konti dan memintanya pulang berehat.

Shahirah atau Shiera yang sudah sampai ke lobi Menara Star selepas dihantar suaminya, Ijoy Azahari 'dihalau' pulang oleh Tyzo dan memintanya berehat dan menemani ibu mentuanya di rumah.

"Ingat nak kerja, tetapi Tyzo kata tak sesuai bekerja dan minta saya pulang sebab bapa mentua meninggal dunia. Tyzo halau saya balik dan minta temankan ibu mentua di rumah.

"Terima kasih Tyzo... Baiklah, kita kena ikut. Berehat dan temankan ibu mentua," ujarnya.

Shiera dan Tyzo mengendalikan segmen Suria Petang bermula pukul 3 petang hingga 7 malam.

Untuk rekod, Maria pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zulkifly Azahari dan Norazlina sebelum berpisah dan mendirikan rumah tangga berssama Abdul Rahman.

Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nabilla Manissa dan Natasha Munira.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain