PELAKON Zarina Zainuddin berdepan detik cemas apabila tayar kereta yang dipandunya tiba-tiba pecah di lebuhraya ketika dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju pulang ke Kuala Lumpur pada petang Rabu. Zarina berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan dia terpaksa mengawal kenderaan untuk berhenti di tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan peronda. "Perjalanan pergi okey, tetapi apabila balik hujan lebat dan saya tidak pandu laju sebab bersama anak dan ibu. Zarina syukur selamat pulang ke rumah. "Ketika tayar kereta meletup, ada lori di laluan sebelah kiri dan saya hilang kawalan. Saya paut stereng kereta sekuat hati dan hanya mampu menjerit sebelum memandu ke bahu jalan. "Nasib baik ketika kejadian tiada kereta lain di belakang saya," katanya. Zarina yang berkongsi pengalaman itu di Instagram bersama ibu dan salah seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil. ARTIKEL BERKAITAN: Peluk cium anak bujang, Zarina Zainuddin ditegur supaya jaga batas - “Anak saya tak ada nafsu yang begitu” Cerita Zarina lagi, dalam keadaan cemas menunggu bantuan, dia juga berusaha menenangkan Azil yang terdesak mahu membuang air kecil. Disebabkan keadaan mereka di tepi lebuhraya dan keadaan tidak selamat, Zarina dan ibunya terpaksa bertahan menunggu di dalam kereta mereka. Sementara itu, Zarina memberitahu kepulangannya ke Perak adalah untuk menjemput ibunya dan perjalanan itu tidak dirancang malah tanpa pengetahuan suami. Saya paut stereng kereta sekuat hati dan hanya mampu menjerit sebelum memandu ke bahu jalan ZARINA ZAINUDDIN PELAKON Gara-gara itu juga, Zarina turut dimarahi suami kerana tidak membuat perancangan lebih awal yang mungkin punca kejadian itu berlaku. "Apabila sampai rumah, ingatkan nak mengadu dengan suami, tetapi akhirnya kena marah. Suami kata saya buat sesuatu tanpa perancangan. "Saya beritahu suami, saya pulang kerana terlalu rindukan ibu. Saya curi-curi masa dan kebetulan ada kelapangan," jelasnya. View this post on Instagram A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI