MESKIPUN belum meletakkan sebarang nokhtah dalam hubungan mereka, peminat masih berharap pelawak Shuk Sahar dan isteri dapat kembali bersama memperbaiki rumah tangga mereka demi anak-anak. Perkara itu diluahkan beberapa netizen dalam ruangan komen menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Shuk di TikTok miliknya pada Rabu. "Kalau ad jodoh, kembalilah kepada Sera dan anak-anak. Tolonglah Shuk, hargai mereka hingga hujung nyawa. Seksa berpisah dengan anak-anak! Status hubungan Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya. "Doa saya, semoga Shuk dan Sera dapat kembali semula sebagai suami-isteri. Pujuklah isteri, buat solat taubat Shuk. "Usaha tanpa minta bersungguh-sungguh pada Allah memang susah kerana abang banyak kali melukakan," antara komen netizen. Menerusi video berkenaan, Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 36, dilihat meluangkan masa bersama dua anaknya di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya. ARTIKEL BERKAITAN: “Aku bukan jodohnya” - Shuk Sahar muncul di mahkamah bersama peguam, beri bayangan rumah tangga berakhir ARTIKEL BERKITAN: [VIDEO] "Mestilah sayang, tapi..." - Rossa Sera kunci mulut status sebenar, belum terbuka hati terima kembali Shuk Sahar Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang berharap Shuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik walaupun hubungannya dengan isteri berakhir dengan perpisahan. "Mungkin bukan suami yang baik, tetapi boleh jadi ayah terbaik untuk anak-anak. Usaha tanpa minta bersungguh-sungguh pada Allah memang susah kerana abang banyak kali melukakan NETIZEN "Apa pun yang terjadi jangan pernah lupa anak-anak. Semua yang berlaku ada hikmah. Semoga yang terbaik buat awak. "Lebih elok begini, anak-anak perlukan awak," kata netizen yang lain pula. Terdahulu, Sera atau Rossalenna Natassyaih Asshaferah dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November tahun lalu namun sehingga kini status perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya. Shuk bersama dua orang anaknya. Malah Sera yang ditemui media pada Isnin lalu enggan membuka mulut tentang status rumah tangganya namun memberitahu masih sayangkan Shuk sebagai seorang rakan. Pasangan itu berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI