suria

Hilang 11kg dalam masa dua bulan, Rossa Sera kurus bukan kerana ‘balas dendam’

Penampilan baharu Sera yang kelihatan semakin cantik mendapat pujian ramai.

PENAMPILAN baharu Rossa Sera yang semakin langsing bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian sesiapa mahupun terkait dengan masalah rumah tangga bersama pelawak, Shuk Sahar.

Menurut Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassiyah Asshaferah, penurunan berat badannya itu juga bukan bertujuan untuk membalas dendam.

"Saya kurus bukan sebab makan hati, tetapi apabila sudah berada dalam keadaan seperti ini saya mempunyai banyak masa untuk menjaga diri sendiri.

"Apabila berat badan turun saya berasa lebih ringan dan bertenaga. Lagipun sebelum ini masa 'orang itu' ada, dia suka makan malam. Jadi saya akan tunggu dia balik dan teman makan.

"Bila sekarang saya fokus pada diri sendiri, jadi malam saya tidak akan makan, sebaliknya tidur terus," kata kepada mStar.

Untitled design (37)

Sera bersama Puteri Sarah sewaktu di majlis Meet & Greet Face of Inayah Beauty pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga bakal berakhir... Rossa Sera enggan bermusuh dengan Shuk Sahar, tiada masalah penjagaan anak

ARTIKEL BERKAITAN. [VIDEO] "Mestilah sayang, tapi..." - Rossa Sera kunci mulut status sebenar, belum terbuka hati terima kembali Shuk Sahar

Pada masa sama, Sera yang ditemui dalam majlis Meet & Greet Face of Inayah Beauty di ibu kota itu turut mengakui produk kesihatan itu membantu berat badannya turun dengan cepat.

"Saya sendiri sudah lapan bulan menggunakan produk ini melihat sendiri keberkesanannya. Dahulu berat 60 kilogram (kg), sekarang ini 49kg.

"Saya kurus dapat menambah keyakinan, tetapi saya juga ingin tunjukkan bila 'kamu' tiada. Saya boleh buat benda ini semua, saya boleh saja jadi seperti dulu," jelasnya.

Bagaimanapun, Sera mengakui ada segelintir warganet yang mengkritik tindakannya menurunkan berat badan selepas pergolakan rumah tangga berlaku.

"Saya kurus bukan sebab makan hati, tetapi apabila sudah berada dalam keadaan seperti ini saya mempunyai banyak masa untuk menjaga diri sendiri.

ROSSA SERA

"Ada yang kata dulu tidak jaga badan. Saya ada nampak komen orang cakap bila ada masalah dengan lelaki baru nak jaga badan.

"Sejujurnya saya tidak baca komen-komen begitu dan tidak ambil hati pun," ujarnya.

P17-1A_19032022

Sera bersama Shuk Sahar dan dua anak mereka.

Sera turut gembira apabila penampilan bahurunya itu mendapat pujian daripada dua anaknya selain berpendapat setiap wanita itu memiliki kecantikan tersendiri dan tidak bergantung pada bentuk tubuh badan.

"Setiap kali saya mencuba pakaian yang baru, anak-anak sentiasa puji mengatakan cantiknya.

"Wanita itu semuanya cantik. Bukan sebab kurus atau apa. Cantik itu datang dari hati. Bila hati tenang, kita boleh kawal aktiviti harian mengenai apa yang kita ingin lakukan," jelas Sera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan