suria

Dakwa ditipu syarikat pemasaran, Awang BPR dituntut buat kenyataan maaf pada atau sebelum 1 Ogos

Awang dakwa ditipu sebuah syarikat pemasaran.

GITARIS kumpulan BPR itu Awang dituntut untuk membuat satu kenyataan maaf secara terbuka kepada pihak Impact Music & Entertainment susulan kenyataan fitnah yang dikeluarkan sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, mereka juga mencabar Awang untuk membawa kes seperti didakwa ke mahkamah.

"Awang BPR sebagai seorang yang muflis seharusnya berterima kasih kepada pihak yang membantu menaikkan namanya semula dan bukannya memburukkan dan menyebarkan fitnah kepada pihak lain.

awang bpr 1

Awang dituntut buat kenyataan maaf.

"Kes ini sepatutnya boleh diselesaikan secara baik namun Awang BPR telah memilih untuk mensensasikannya maka pihak kami tidak mempunyai langkah lain melainkan menyerahkannya kepada pihak peguam dan undang-undang.

"Pihak kami juga ingin mencabar Awang untuk memfailkan tindakan mahkamah sekiranya segala dakwaannya itu benar. Sekiranya tiada tindakan undang-undang difailkan maka kami menuntut satu permohonan maaf secara terbuka dibuat pada atau sebelum 1 Ogos," jelas kenyataan tersebut.

Dalam temubual bersama rancangan Melodi sebelum ini, Awang mendakwa dirinya di aniaya oleh Impact & Music Entertainment selepas syarikat tersebut mengambil kesempatan atas jualan tiket Showcase Awang BPR dan Rakan-Rakan & Makan Malam Amal yang berlangsung pada 24 Jun lalu di Johor Bharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Karim berdepan risiko bankrap, didakwa lari bayar hutang RM720,000

Menurut Awang, syarikat berkenaan telah mengaut keuntungan dengan melakukan jualan tiket ke Singapura dan meletakkan harga lebih tinggi.

Menafikan dakwaan tersebut, Impact & Music Entertainment menjelaskan pihak mereka hanya mengambil faedah berdasarkan apa yang telah dipersetujui kedua-dua pihak sejak awal.

"Kenyataan tersebut adalah satu tohmahan liar dan fitnah jahat yang bertujuan untuk memburukkan imej Impact Music & Entertainment sebagai salah sebuah syarikat pengiklanan dan pemasaran.

Sekiranya tiada tindakan undang-undang difailkan maka kami menuntut satu permohonan maaf secara terbuka dibuat pada atau sebelum 1 Ogos.

Impact & Music Entertainment

"Harga asal penjualan tiket bagi dua meja VIP ke Singapura bertujuan untuk mempromosikan showcase tersebut dan wang RM8,000 telah pun diserahkan kepada Awang pada 2 Jun.

"Pihak kami tidak pernah sama sekali menerima, mengambil atau menggunakan atau apa jua faedah dan hasil daripada penjualan tiket tersebut melainkan dari apa yang telah dipersetujui," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain