suria

[VIDEO] Bakal suami bijak dan lucu buat Sharifah Amani tertarik, akan nikah tahun ini

ENGGAN mendedahkan tarikh sebenar bakal melangsungkan perkahwinan, pelakon Sharifah Amani bagaimanapun tidak menolak akan naik pelamin tahun ini juga.

Amani, 36, berkata, ketika ini dia sedang melakukan pelbagai persiapan untuk majlisnya itu dan selebihnya menyerahkan kepada ketentuan Yang Maha Esa.

"Alhamdulillah, saya gembira sekarang ini (bertunang). Insya Allah diharapkan semuanya dipermudahkan.

"Rasa gementar itu memang ada apabila memikirkan pelbagai perkara, harap semuanya berjalan lancar," katanya kepada mStar.

6A213896-69A7-4D7B-8A7C-97C129D20923

Sharifah Amani dalam fasa bahagia.

Amani ditemui pada sidang media drama terbaharu berjudu; Murder In Moonlight yang berlangsung di GSC, Mid Valley, pada Selasa.

Terdahulu, pelakon filem Sepet ini melangsungkan pertunangan dengan jejak pilihannya pada 26 Jun lalu apabila memuat naik gambar sedang mencuba baju pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Amani bertunang, Naim Daniel nak perform di majlis kahwinnya dengan 'Encik Laju'

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah ucap tahniah 'Mat Kilau' cecah RM90 juta, jadi saksi kepayahan Syamsul siapkan filem ketika PKP

Dalam pada itu, Amani tidak mahu terlalu terbuka berkongsi tentang bakal suaminya itu namun hubungan mereka mula terjalin sejak empat tahun lalu.

WhatsApp Image 2022-07-26 at 8.23.04 PM

Barisan pelakon drama Murder In Moonlight.

Amani berkata, apa membuatkan dia tertarik dengan bakal suaminya, lelaki itu seorang yang bijak serta lucu membuatkan dia jatuh hati.

"Kami memang tak mahu war-warkan di media sosial kerana apa salah boleh disalah tafsirkan oleh orang lain. Barangkali selepas berkahwin saya akan kongsi.

"Dia seorang lelaki Malaysia dan kami kenal lebih kurang empat tahun. Dia seorang yang bijak dan lucu. Itu membuatkan saya tertarik," ujarnya.

Berkongsi tentang persiapan bergelar isteri, Amani menyifatkan perkara itu sesuatu yang subjektif dan dia sendiri tidak sabar untuk mendalami dan menggalas maksud sebenar perkara itu.

"Perkataan isteri itu sangat subjektif dan banyak huraian yang boleh dibuat daripada satu perkataan.

"Setiap orang ada maksud tersendiri dan saya tidak sabar untuk melalui fasa sebagai isteri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain