suria

Yazmin Aziz cemas berdepan gempa bumi 7.3 magnitud di Filipina, berlari keluar bilik hotel selamatkan diri

Yazmin sempat berkongsi detik cemas berdepan situasi gempa bumi.

PENYANYI Yazmin Aziz berdepan detika cemas apabila terperangkap dalam kejadian gempa bumi yang berlaku di Bandar Baguio, Filipina pada pagi Rabu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Yazmin, 20, memberitahu itu adalah pengalaman pertama dia merasai gempa bumi dengan gegaran kuat sehingga terpaksa melarikan diri daripada bilik hotel ketika kejadian.

Yazmin terkandas di daerah Baguio akibat gempa bumi.

"Dipindahkan dari hotel. Pertama kali kami melalui pengalaman gempa bumi," tulisnya.

Media tempatan melaporkan, gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda daerah itu kira-kira pukul 8.43 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia bercinta dengan pemain bola sepak dari Brazil, Yazmin Aziz disangka wanita Latin

Sementara itu, Yazmin ketika dihubungi mStar memaklumkan dia sepatutnya berangkat ke Manila hari ini namun tidak dapat berbuat demikian kerana terkandas disebabkan gempa bumi.

Ia ekoran, laluan ke Manila ditutup akibat jalan raya yang rosak selain terdapat batu di atas jalan raya kesan gempa bumi tersebut.

Saya tidak boleh ke Manila hari ini kerana laluan tersekat dengan batu-batuan

YAZMIN AZIZ

PENYANYI

"Saya tidak boleh ke Manila hari ini kerana laluan tersekat dengan batu-batuan. Saya juga tidak boleh masuk ke hotel," katanya ringkas.

Tambah bekas peserta Big Stage 2022 ini, dia tidak dapat berkongsi maklumat lanjut mengenai situasi semasa di sana ekoran bateri telefonnya hampir padam.

Yazmin difahamkan berada di Filipina bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain