suria

Penyanyi OST ‘Melur Untuk Firdaus’ Tika Nasir sedar bukan senang nak popular, enggan dikenali kerana kontroversi

Tika mahu terus konsisten dalam dunia seni.

SEBAGAI pendatang baharu dalam dunia seni, penyanyi Tika Nasir sedar bukan mudah untuk namanya cepat dikenali.

Tika atau nama sebenarnya Atikah Nasir,22, menganggap perjalanan dalam dunia hiburan ini sebagai satu proses yang perlu dipelajari dan tidak mahu sengaja mencipta kontroversi sehingga nama menjadi tular semata-mata untuk popular.

Menurutnya, setiap langkah dalam industri ini perlu disusun dengan teratur dan tidak kisah jika ia mengambil masa lama untuk nama betul-betul menjadi perhatian ramai.

tika nasir 2

Tika tak mahu cipta kontroversi.

"Kalau nak cepat dikenali boleh sahaja buat benda viral, cuma saya tidak mahu dikenali dengan kontroversi buruk. Jika viral sebab sesuatu yang baik tidak ada masalah.

"Saya dah mula terlibat dalam industri sekitar 2015 dengan berlakon iklan. Kemudian bermula tiga tahun lepas baru saya jadi penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun nama tenggelam timbul, panyanyi Zazo Maulana tak kejar populariti kerana takut kena kecam

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat Anna Jobling dan Meerqeen bercinta gara-gara keserasian dalam drama ‘Melur Untuk Firdaus’, tak sangka trending sampai luar negara

"Perjalanan ini satu proses, banyak lagi yang perlu saya belajar. Kalau nak konsisten perlu ambil masa dan ada perancangan betul. Mungkin satu hari nanti orang akan kenal siapa saya," katanya ketika dihubungi mStar

Kalau nak konsisten perlu ambil masa dan ada perancangan betul. Mungkin satu hari nanti orang akan kenal siapa saya

TIKA NASIR

PENYANYI

Penyanyi lagu Bicara Menanti ini juga sedar dia tidak boleh terus bergantung harap sebagai penyanyi sebagai sumber pendapatan utama.

Justeru Tika juga terlibat denga kerja belakang tabir sebagai pembantu penerbit selain terbuka menerima tawaran berlakon di masa akan datang.

"Fokus utama saya sekarang memanglah menyanyi, namun kita tidak tahu rezeki akan datang. Jadi kenalah ada back-up plan juga. Selain sibuk dengan promosi lagu, saya juga terlibat dengan kerja belakang tabir.

tika nasir 3

Lagu ketiga Tika berjudul Bicara Menanti menjadi OST drama Melur Untuk Firdaus.

"Buat masa sekarang saya tolak dahulu tawaran berlakon, tetapi jika diberi peluang di masa akan datang saya terima," ujarnya.

Bercakap tentang lagu baharunya itu, Tika juga bersyukur kerana ia mendapat sambutan baik selepas dijadikan OST untu drama popular Melur Untuk Firdaus baru-baru ini.

"Lagu ini sangat bermakna buat saya kerana jalan ceritanya yang mengisahkan tentang penantian. Saya tak sangka ia mendapat sambutan sehingga ke Indonesia," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain