suria

“Saya sentiasa mahal” - Adi Putra ‘demand’ bayaran tinggi sesuai komitmen dan mutu lakonan

Adi Putra berpendapat pelakon yang berkualiti dan berpengalaman wajar untuk meletakkan bayaran mahal.

PELAKON Datuk Adi Putra menyifatkan pengalamannya lebih sedekad sebagai pelakon adalah wajar sekiranya dia ingin meminta bayaran tinggi daripada penerbit.

Adi atau Muhammad Hadi Putera Halim, 41, berkata, 'mahal' itu lebih fokus kepada usaha keras pelakon yang bekerja siang dan malam termasuk memberi mutu lakonan berkualiti.

"Saya sentiasa 'mahal', tetapi mahal itu lebih kepada komitmen kita yang sudah lama bekerja. Jadi kita tahu bagaimana cara kerja kita siang dan malam. Mahal itu bukan stigma, tetapi lebih kepada dihargai.

"Saya ini nak tumpang juga rakan-rakan seniman lain yang ada nilai. Kita tahu rakan artis dan kru bagaimana cara kerja. Jadi apa salahnya jika 'mahar' ditingkatkan sedikit," katanya kepada mStar.

Untitled design (7)

Adi Putra menampilkan kualiti lakonan hebat dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali tolak tawaran, akhirnya Adi Putra setuju bawa watak Mat Kilau

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra sebak tengok keluarga susah... Tak mampu hulur duit, bantu guna media sosial

Meskipun sebelum ini pernah terpalit kontroversi sebagai pelakon 'demand' tinggi, Adi Putra bagaimanapun menyifatkan permintaannya itu satu tindakan wajar.

"Pernah dulu orang cakap saya seorang yang demand. Pada saya perkara itu penting. Kalau kita tidak mempunyai tanda aras tinggi, kita tidak diibaratkan tiada arah tuju. Demand itu bermaksud kita tahu apa yang kita mahukan.

"Sekiranya kita masih bermain tarik tali, bermaksud kita masih terkapar-kapar di atas lautan," terangnya.

Untitled design (8)

Tahun ini Adi Putra muncul dengan tiga buah filem iaitu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Jerangkung Dalam Almari dan Air Force The Movie Selagi Bernyawa.

Pada masa sama pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu turut berpendapat peningkatan bayaran pelakon perlu memandangkan had gaji minimum meningkat daripada RM1,200 kepada RM1,500 tahun ini.

Perkara itu juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

"Bayaran mahal bukan bermaksud tidak boleh tawar menawar, tetapi zaman sekarang ini kita tahu terhadnya bagaimana," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain