suria

Bilal dah 6 bulan tapi masih belum tunjuk wajah, netizen kata ‘baik tak payah post kalau sorok’… Ini komen balas Neelofa!

Neelofa membalas komen netizen dengan mengatakan dirinya akan kongsikan wajah Bilal apabila bersedia nanti.

KEPUTUSAN pengacara Neelofa kekal menyembunyikan wajah anak sulungnya meskipun sudah berusia enam bulan mengundang rasa kurang senang netizen.

Segelintir mereka berpendapat Neelofa seharusnya tidak memuat naik sebarang perkongsian melibatkan anaknya, Muhammad Bilal sekiranya enggan mempamerkan wajah.

"Baik tak payah post (muat naik) kalau sorok-sorok macam ni apa maknanya?," komen netizen.

Komen itu ditinggalkan seorang netizen dalam perkongsian Instagram Neelofa yang menunjukkan Bilal sedang tidur di kerusi bayi.

Untitled design (21)

Neelofa bersama suami, Haris dan anak mereka Muhammad Bilal.

Bagaimanapun wajah anaknya itu ditutup dengan sebuah bantal kecil berwarna kelabu.

Tampil menjawab komen netizen itu, Neelofa memberitahu dia akan menunjukkan wajah anaknya itu apabila tiba masanya.

"Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya akan tunjuk," kata Neelofa.

Dalam hantaran tersebut, Neelofa turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak lelakinya itu dan mendoakan kesejahteraan anak-anak lain agar sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dah lama tahu kehadiran ‘penyondol’, tak sanggup hadam apa dilalui Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Akhirnya kekeliruan isu inai terjawab... Neelofa undang profesor, ulas kontroversi tak sah solat

Untitled design (22)

Netizen mengkritik tindakan Neelofa yang gemar memuat naik gambar anaknya sambil menutup muka Muhammad Bilal.

"Anakku Muhammad Bilal genap enam bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya dan suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni.

Biarlah saya nak post apa pun, sampai masa nanti saya akan tunjuk

NEELOFA

SELEBRITI

"Moga sentiasa dalam lindungan dan agaan Allah SWT. Semoga semua anak-anak kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafidz ya Muhaimin," tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain