suria

[VIDEO] Hattan tiada masalah BBNU ‘cover’ lagunya… tapi dah bagi ‘warning’ siap-siap tahan telinga kalau jahanam

PENYANYI Datuk Hattan menyambut baik usaha penyanyi baharu atau Budak Baru Nak Up (BBNU) menyanyikan semula lagu malar segar dengan cara mereka tersendiri.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin bagaimanapun menasihati penyanyi baharu agar menghasilkan album penuh bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik.

"Menyanyikan semula lagu lama itu ada baik dan buruknya memandangkan lagu itu juga sudah lama rehat.

"Tidak salah dilakukan, tetapi perlu mengikut landasan betul iaitu minta kebenaran dan bayaran royalti yang betul.

"Lagu lama itu mudah diterima kerana memang sudah popular, tetapi kesan buruknya kepada pembentukan kerjaya mereka disebabkan tidak memiliki lagu sendiri," jelasnya kepada mStar.

Hattan ditemui semasa tayangan perdana filem Gadis Jolobu The Movie di GSC Starling, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Untitled design (8)

Raffa Affar dan Zinidin Zidan antara dua penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu cover.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan nak jatuhkan maruah peserta kerana content TV” - Hattan tak setuju cara Hetty Koes Endang

ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke saya tegur?” - Hattan tak mahu cakap belakang, terus bersuara jika selebriti buat silap

Dalam pada itu, Hattan berkata dia menerima dengan hati terbuka sekiranya ada penyanyi baharu yang ingin menyanyikan semula lagunya.

"Saya tidak ada masalah. Datang jumpa saya minta betul-betul, tetapi saya ingin dengar dahulu susunan muzik itu bagaimana, jangan nanti 'jahanam' lagu tu.

"Sekiranya nyanyian semula tidak sedap, bersedia untuk 'berdesing' telinga," katanya.

Sementara itu, Hattan turut menasihati penyanyi baharu lebih memberi fokus kepada kerjaya nyanyian untuk jangka masa panjang.

Saya tidak ada masalah. Datang jumpa saya minta betul-betul, tetapi saya ingin dengar dahulu susunan muzik itu bagaimana, jangan nanti 'jahanam' lagu tu

DATUK HATTAN

PENYANYI

Katanya, memiliki sebuah album penuh dapat membuka lebih banyak peluang untuk mengadakan persembahan.

"Apabila sudah popular dengan lagu cover, terus ambil peluang yang ada rakam lagu sendiri dan keluarkan album penuh. Masa tengah popular, orang ingat rebut peluang itu.

"Bila ada banyak lagu boleh menarik minat penganjur. Mustahil nak bayar RM10,000 semata-mata hendak dengar satu lagu cover itu sahaja," ujarnya.

Untitled design (7)

Filem Gadis Jolobu The Movie yang dilakonkan oleh Hattan bersama Khir Rahman, Joey Daud dan Ahirine Ahirudin.

Bercakap mengenai filem terbaharu lakonannya, Hattan memberitahu dia sentiasa berlapang dada menerima apa jua reaksi penonton.

"Tidak kira apa pun pemasaran itu penting. Sama-sama kita berdoa sebab pasaran filem ini saya tidak berani cakap. Bila letak harapan tinggi, tidak menjadi, bila tidak letak harapan dia meletop," terangnya.

Selain Hattan filem arahan CL Hor itu turut dibintangi oleh Khir Rahman, Joey Daud dan Ahirine Ahirudin.

Gadis Jelobu The Movie mula ditayangkan di pawagam bermula 4 Ogos depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain