PELAKON Datuk Rosyam Nor menyatakan sokongan larangan merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau perantai rokok pada individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya. Rosyam berkata, beliau menyokong seratus peratus dengan cadangan itu dan berharap seluruh rakyat Malaysia turut memberi sokongan kepada Rang Undang-Undang yang dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lalu. "YB Khairy Jamaluddin kata nak berhentikan orang daripada menghisap rokok, budak-budak yang lahir selepas 2007 dilarang merokok. "Satu sahaja saya nak cakap kepada YB KJ, memang saya sokong 100 peratus, 300 peratus saya sokong!," katanya. Rosyam memberitahu dirinya mula merokok sejak berusia 18 tahun. Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada minggu depan. Dalam pada itu, Rosyam turut mendedahkan sebagai seorang perokok sejak berusia 18 tahun, dia kini mula merasai kesan sampingan tabiat buruk itu. ARTIKEL BERKAITAN: Beritahu umur tak panjang dalam perbualan terakhir, Raja Azmi terkenang kenangan bersama 'partner in crime' Mohd Noor Kadir ARTIKEL BERKAITAN: Jeritan Nadiyah Shahab panggil nama kucing kesayangan berhasil, 4 jam hilang rupanya menyelinap masuk rumah jiran! Katanya, pada usianya yang kini mencecah 55 tahun, dia mudah mudah semput malah aktiviti memanjat tangga membuatnya mudah penat. "Saya dah hisap rokok sejak umur 18 tahun. Dah banyak duit habis! Umur 55 sudah semput, naik tangga pun semput," ujarnya. View this post on Instagram A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) Kata Rosyam, dia menyokong penuh kerajaan menukar Rang Undang-Undang tersebut kerana ia adalah perkara baik dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat. Malah katanya, sekiranya kerajaan membuat sebarang program bagi perokok untuk berhenti tabiat itu, dia tidak teragak-agak untuk menyertainya. Bagi yang lahir tahun 2007, ini benda baik. Ibu bapa semua kena sokong, biar semua rakyat Malaysia lebih sihat. "Kalau ada program berhenti merokok, saya akan masuk kerana memang mahu meninggalkan tabiat buruk ini," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI