suria

Beritahu umur tak panjang dalam perbualan terakhir, Raja Azmi terkenang kenangan bersama 'partner in crime' Mohd Noor Kadir

Raja Azmi menghargai sokongan dan galakan yang pernah diberikan Allahyarham terutama saat dia berdepan dengan kegagalan.

PENERBIT filem, Raja Azmi mengakui berasa kehilangan selepas pemergian rakan baiknya Penerbit dan Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn Bhd, Allahyarham Mohd Noor Kadir yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada Jumaat lalu.

Sebagai kenalan rapat, Raja Azmi atau Raja Azmi Raja Sulaiman, 62, sangat menghargai kepercayaan Allahyarham yang berjaya menyakinkannya untuk terlibat sebagai pelakon.

Katanya, meskipun pernah beberapa kali menolak namun Allahyarham tetap tidak berputus asa sehingga sanggup membuat watak khusus buat dirinya dalam drama Persona Non Grata.

"Pada tahun 2010 akhirnya saya terbuka hati untuk menerima pelawaannya untuk berlakon. Sebelum itu sudah banyak kali diminta tetapi saya tolak kerana tidak berasa yakin.

"Waktu itu saya memegang watak sebagai seorang doktor. Hari pertama penggambaran dialog saya hanya Assalamualaikum dan buka pintu.

"Disebabkan gementar, untuk melakonkan babak itu sahaja dibuat sebanyak lapan kali. Saya ketika itu berasa seperti ingin terkencing dalam seluar sebab terlalu gemuruh untuk berlakon," katanya ketika dihubungi mStar.

Untitled design (4)

Raja Azmi memberitahu 2010 merupakan tahun pertama terlibat sebagai pelakon selepas beberapa kali dipujuk oleh Allahyarham Mohd Noor Kadir.

Raja Azmi turut memberitahu, Mohd Noor Kadir sudah dianggap sebagai 'partner in crime' terutama apabila melibatkan kritikan industri perfileman tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam terkilan tak sempat bawa Mohd Noor Kadir tonton ‘Mat Kilau’... Anak pula masih ingat pesanan terakhir arwah bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit drama ‘Cinderella’ dan ‘Cinta Antara Benua’, Mohd Noor Kadir meninggal dunia

"Tidak dinafikan arwah seorang yang lantang bersuara bagi memartabatkan dunia lakon layar pada waktu itu. Begitu juga saya. Dahulunya kami berdua antara yang 'suka' mengkritik industri.

"Namun, arwah seorang yang baik dan selalu menjadi orang pertama menghubungi saya sekiranya ada berita-berita negatif tular. Dia akan memberi sokongan, nasihat dan ambil berat," katanya.

Saya ada menelefon arwah untuk menjumputnya hadir tetapi ketika itu dia mengatakan keadaan kesihatannya tidak baik. Waktu itu ada dia kata yang umur dia sudah tidak panjang

RAJA AZMI

PENERBIT & PELAKON

Dalam pada itu Raja Azmi juga meluahkan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menunaikan impian arwah menonton filem terbitannya Jerangkung Dalam Almari dalam majlis pra tonton baru-baru ini.

"Saya ada menelefon arwah untuk menjumputnya hadir tetapi ketika itu dia mengatakan keadaan kesihatannya tidak baik. Waktu itu ada dia kata yang umurnya sudah tidak panjang.

"Saya kata jangan cakap macam tu. Insya-Allah semua baik-baik tetapi kemudian saya dimaklumkan dia sudah meninggal dunia. Jadi itu adalah perbualan terakhir saya dengan arwah," jelas Raja Azmi.

Allahyarham Mohd Noor sebelum ini terkenal menerusi karya terbitannya antara Cinderella, Mr Cinderella, Salam Taj Mahal dan Cinta Antara Dua Benua.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain