suria

Seiring usia, Waris enggan ikut emosi lagi... Cuma pelik badan berisi pun tak kena di mata netizen

Perubahan waktu dan status membuatkan Waris semakin matang.

PENYANYI Waris mengakui usia dan status sebagai suami serta bapa kepada dua orang anak banyak mempengaruhi kehidupannya pada hari ini.

Waris atau nama sebenar Muzzammil Alias, 33, berkata, pola pemikirannya sudah berbeza berbanding dahulu lebih-lebih lagi ketika usia sekitar 20-an yang banyak terdorong emosi.

"Sudah umur macam sekarang ini tidak perlu lagi hendak terlalu marah. Lagipun anak juga sudah semakin membesar.

"Saya sendiri pun cara cakap sudah berubah. Jadi pada saya untuk sesetengah perkara jangan terlalu ambil serius," katanya kepada mStar.

Waris berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen netizen menyentuh mengenai bentuk tubuhnya dikatakan semakin berisi.

Untitled design (9)

Waris bersama isteri, Izzati Amirah Kamaruddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dikecam meniru karya antarabangsa, Waris muncul dengan ‘Botingket II’ versi original

Tidak mengambil serius mengenai hal itu, Waris bagaimanapun mengakui kurang senang apabila penampilannya berambut panjang turut dipersoal.

"Saya ada berjumpa dengan orang di luar. Dia mengatakan betulkah ini Waris, sekarang rambut panjang. Betulkah ini Waris, sekarang nampak gemuk.

"Dulu Waris lain, dulu Waris kurus. Jadi apabila ada yang cakap sekejap gemuk, sekejap kurus buat saya rasa macam pelik.

Lagipun saya tahu bukan mudah untuk puaskan hati semua orang dan kita memang tidak dapat hendak puaskan hati semua orang

WARIS

PENYANYI

"Cakap benda ini semua sebenarnya apa yang mereka mahukan. Kurus salah, gemuk salah. Saya tidak marah cuma bercakap sahaja.

Untitled design (10)

Waris dan dua anaknya Tihani Izz Nina dan Mudassir ketika sedang bercuti.

"Lagipun saya tahu bukan mudah untuk puaskan hati semua orang dan kita memang tidak dapat hendak puaskan hati semua orang," katanya.

Meskipun begitu, Waris tetap berterima kasih kepada mereka yang masih mengingatinya walaupun pernah menyepikan diri daripada industri seni buat sementara waktu.

"Sejujurnya saya terharu kerana ada yang komen dan menyokong terutama di media sosial. Dalam keadaan sekarang yang dipenuhi dengan kehadiran penyanyai baharu tetapi mereka masih ingat kepada saya," terang.

Terkini, Waris muncul dengan single baharu bertajuk Botingkek II (Wahan Remix).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

waris, botingkek II, lagu rap, hiburan, sensasi

Artikel Lain