ENGGAN mengeruhkan lagi keadaan, penyampai radio Fizi Ali mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut mengenai tindakannya meninggalkan Suria FM pada saat-saat akhir. Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, berkata dia sudah membuat permohonan maaf kepada semua rakan penyampai di Suria sebelum memulakan tugas di Hot FM pada Selasa. "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya mahu berterima kasih kepada majikan lama. Saya sayang mereka. Suria FM yang memperkenalkan nama saya kepada pendengar. Fizi bergandingan dengan Fad untuk segmen Sembang Squad. "Saya tidak pasti jika pihak sana masih lagi terkilan. Apa yang pasti, saya sudah pun meminta maaf pada semua. Sepatutnya tidak perlu ada apa-apa isu," katanya. Sebelum itu, Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin meluahkan rasa kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Fizi dan tindakannya itu menyebabkan kerugian kepada stesen radio di bawah seliannya. Ini kerana mereka sudah merangka pelbagai program promosi yang menyebabkan syarikat kerugian puluhan ribu ringgit. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan panjangkan isu Fizi Ali tinggalkan Suria FM, DJ Lin sedang cari pengganti ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali beri bayangan tinggalkan Suria FM, rakan penyampai ucap “jangan lupakan kami” Dalam pada itu, Fizi turut mengakui kesilapan diri apabila meninggalkan Suria FM secara mengejut dan berharap isu ini diselesaikan sebaik mungkin. "Saya akui tinggalkan Suria secara mengejut adalah satu kesilapan. Sebelum berpindah saya dah minta maaf kepada semua dan mohon restu untuk mulakan tugas di tempat baharu. "Saya tidak pergi begitu sahaja. Syukur masing-masing merestui penghijrahan saya dan anggap isu tersebut telah selesai," jelasnya. Apa yang pasti, saya sudah pun meminta maaf pada semua. Sepatutnya tidak perlu ada apa-apa isu FIZI ALI PENYAMPAI RADIO Sementara itu bercakap tentang keputusannya untuk berpindah ke Hot FM, kata Fizi ia bukan semata-mata kerana wang namun mahu mengembangkan potensi kerjaya sebagai seorang pengacara. "Kalau kata saya seorang yang tidak setia, saya tidak akan kekal selama enam tahun di sana (Suria FM). "Saya berhijrah bukan disebabkan bayaran semata-mata, tetapi kerana banyak peluang yang ditawarkan untuk serlahkan lagi nama Fizi Ali. Perkara itu yang membuatkan saya tekad untuk berpindah kerja," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI