suria

Ahirine Ahirudin nampak lemah lembut tapi suka sukan permotoran, cari pasangan sama minat

Ahirine mengharapkan masyarakat dapat mempelajari ilmu seni mempertahankan diri demi tujuan keselamatan.

DI sebalik wajahnya yang jelita, siapa sangka pelakon baharu, Ahirine Ahirudin cukup meminati sukan lasak seperti sukan Muay Thai dan aktiviti permotoran.

Ahirine, 26, berkata, dia melihat seni mempertahankan diri cukup penting kerana ilmu itu dapat melindungi diri wanita daripada sebarang kejadian tidak diingini.

"Keadaan sekarang ini kita sukar nak jangka, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penderaan.

"Seni mempertahankan diri juga dapat dijadikan alat keselamatan sekiranya berdepan dengan kejadian tidak diingini," katanya kepada mStar.

Untitled design (10)

Filem Gadis Jolobu The Movie menjadi naskhah layar perak kedua yang dilakonkan Ahirine.

Ahirine ditemui pada majlis pra tonton filem Gadis Jolobu The Movie di GSC The Starling, Petaling Jaya pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ahirine juga memberitahu disebabkan minatnya itu, dia mencari lelaki idaman yang mempunyai hobi sama dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Jolobu The Movie perlihat sisi komedi Hattan, tapi kekal lantang di media sosial

"Kalau ada minat sama itu bagus, tetapi sekiranya hobi berbeza, setidak-tidaknya berilah sokongan.

"Maklumlah saya menceburi bidang sukan yang didominasi lelaki, jadi tentu saya perlu semangat daripada pasangan," ujarnya.

Pun begitu, Ahirine mengakui buat masa ini dia lebih suka menikmati kehidupan solo dan tidak merancang mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

Untitled design (11)

Ahirine mengharapkan agar pasangannya kelak turut memiliki minat sama dengannya iaitu sukan lasak dan permotoran.

"Biarlah saya nikmati kehidupan dahulu, karier lakonan pun baru bermula. Tapi kalau dah jodoh, siapa saya untuk menolaknya, bukan?," ujarnya.

Ahirine sebelum ini pernah membintangi filem Remp-It 2 dan aktif berlakon aksi lasak ngeri dan pelakon 'body double'.

Filem Gadis Jolobu The Movie akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara pada 4 Ogos ini, manakala platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.

Menerusi filem ini, Datuk Hattan membawa watak Atan, Joey Daud (Ajoi), Khir Rahman (Acong) dan Ahirine (Jijah).

Gadis Jolobu The Movie memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain