DUA penyanyi era 80-an iaitu Francissca Peter dan Siti Fairus dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Penganugerahan itu dikurniakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63, Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Istana Abu Bakar di Pekan. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mula rasa kesan hisap rokok sejak usia 18 tahun, Rosyam Nor sokong RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 Selain Francissca dan Siti Fairus, ketua Jurulatih Bola Sepak Pahang, Dollah Salleh, Jurulatih Bola Sepak, Zainal Abidin Hassan turut bersama-sama 24 penerima lain menerima gelaran sama. Seramai 99 individu telah dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI