suria

Ambil semangat saudara sesama Islam, penerbit tak boikot Ben Amir dan sudah bermaaf-maafan 

Mahfuzah dan Rahila Ali tiada masalah untuk bekerjasama dengan Ben Amir.

PIHAK penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakiah Abdain tidak pernah memboikot Ben Amir meskipun pelakon itu pernah mengambil keputusan menarik diri pada saat akhir sewaktu penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 2020.

Mahfuzah sebaliknya menjelaskan tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan apatah lagi kedua-dua pihak sudah mencapai kata sepakat dan menyelesaikan persengketaan di antara mereka.

"Ben Amir seorang yang baik dan sejujurnya kami tidak akan memboikot dia. Saya terbuka untuk bekerjasama dengannya pada masa akan datang.

"Pada saya hal yang sudah berlaku itu biarlah berlalu. Kami juga sudah saling bermaafan dan sudah tiada isu di antara kami," katanya kepada mStar.

Untitled design (3)

Rahila Ali mengamalkan sikap profesional dan mengakui tidak mempunyai masalah dengan Ben Amir.

Mahfuzah ditemui pada majlis pelancaran drama Demi yang diadakan di ibu negara pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Mahfuzah memberitahu terpaksa menanggung kerugian dianggarkan RM600,000 bagi menghasilkan drama itu selain terpaksa membatalkan penggambaran di Scotland ekoran pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Amir tak lari daripada tanggungjawab, balik Malaysia atas faktor kesihatan dan keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penggambaran belum selesai tapi dah cabut, Ben Amir akhirnya setuju bayar RM100,000

Ini termasuk perlu menanggung kos pembatalan tiket penerbangan pelakon dan kru produksi untuk ke negara itu.

"Banyak perkara berlaku sepanjang tempoh menjayakan drama ini, saya menanggung kerugian RM600,000 tetapi Alhamdulillah saya tetap berpuas hati.

DSC01559

Aktor Keith Foo menggantikan posisi Ben Amir sebagai pelakon utama drama Demi.

"Saya bersyukur dan berterima kasih atas sokongan diberikan. Ada kes mahkamah tetapi kami dapat selesaikan dengan cara baik. Lagipun kita orang Islam," ujarnya.

Pada April lalu, Ben, 32, bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada Elisa Vision Sdn Bhd berhubung kes saman pelanggaran kontrak ketika membintangi drama Demi.

Ben ketika itu menjelaskan dia tidak pernah lari daripada tanggungjawab dan keputusannya menarik diri daripada drama itu atas faktor kesihatan dan keselamatan.

Ada kes mahkamah tetapi kami dapatkan selesaikan dengan cara baik. Lagi pun kita orang Islam.

DATIN MAHFUZAH ZAKIAH ABDAIN

PENERBIT DRAMA DEMI

Sementara itu, pengarah drama berkenaan, Rahila Ali juga menjelaskan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ben dan sedia bekerjasama dengannya pada masa hadapan.

"Saya tiada masalah dengan dia. Mungkin jodoh kami bukan sekarang tetapi mungkin suatu hari nanti akan bertemu kembali dan bekerjasama," katanya.

Drama Demi yang diadaptasi daripada kisah sebenar dibintangi oleh barisan pelakon seperti Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Keith Foo, Ika Nabila, Puteri Rayyana Rayqa, Datuk Jalaliddom Hassan, Safura Ya'cob, Riz Amin dan Hasnul Rahmat.

Ia akan ditayangkan bermula 10 Ogos pada pukul 9 malam di saluran Astro 146, MyFreeview 100 TV OKEY.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain