suria

[VIDEO] Pakai tudung sebab rambut rosak, Mila Jirin syukur jadi asbab tutup aurat... Minta doakan rakan artis lepas hijab

Mila Jirin minta peminat doakan rakan artis yang buka tudung agar diberikan hidayah.

BERITA mengenai seorang artis wanita tidak lagi mengenakan tudung mendapat perhatian penyanyi dan usahawan Mila Jirin.

Meskipun tidak menyebut nama, ramai boleh menebak perkongsian Mila, 35, menerusi Instagram miliknya pada malam Selasa ditujukan kepada penyanyi Elyana.

Dalam video tersebut Mila menganggap apa yang dilalui oleh penyanyi wanita itu sebagai satu ujian di mana harinya sedang ragu membuat pilihan soal penampilannya.

Mila juga memohon agar peminat tidak terus menghukum sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk Elyana agar diberikan hidayah.

elyana 22

Elyana enggan mengulas lanjut mengenai tindakan melepaskan tudung.

"Apabila terbaca kisah sahabat kita sedang diuji, mungkin Allah sedang bolak-balikkan hatinya. Kita yang membaca ini doakan yang baik-baik.

"Semoga Allah terus berikan dia hidayah dan bimbing ke arah kebaikan. Kita semua tidak sempurna. Tanggungjawab untuk menegur kita dah jalankan. Doakan yang baik-baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula rasai perubahan akibat anxiety, Nora Danish jadi takut naik pesawat

ARTIKEL BERKAITAN: ”Baik atau buruk saya tanggung sendiri” - Elyana tampil tidak bertudung, enggan ulas demi jaga jiwa sendiri

Dalam perkongsian sama, Mila turut berkongsi kisahnya menutup aurat yang pada awalnya niat memakai tudung disifatkan tidak betul.

Kata Mila, sekitar 2014, dia bertudung kerana mahu menutup rambutnya yang rosak namun tindakan itu telah membuka hatinya untuk kekal menutup aurat sehingga ke hari ini.

"Pada tahun 2014, rambut saya rosak teruk disebabkan kerakusan diri sendiri yang mahukan pelbagai gaya. Lepas itu terdetik untuk bertudung walaupun pada awalnya hanya untuk menutup rambut rosak.

"Syukur Allah tidak bolak-balikkan hati saya walaupun niat awalnya tidak betul. Tetapi Allah perbetulkan dan saya dapat bertudung serta menutup aurat," jelasnya.

Pada Selasa, Elyana tampil di sebuah acara tanpa mengenakan hijab sekaligus menjawab desas-desus gosip yang timbul tentang penampilannya selepas memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram.

Bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang keputusan berkenaan kerana bimbang disalah erti oleh sesetengah pihak dan akan mengundang cerita tidak elok.

"Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul. Sekarang ini, saya buat apa yang saya fikirkan mahu buat. Baik atau buruk, saya akan tanggung sendiri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain