suria

Suami tak letak syarat ketika berlakon, Puteri Aishah faham sendiri batas sebagai isteri

Puteri Aishah menjaga batas sebagai seorang isteri.

SEJAK bergelar seorang isteri, aktres Puteri Aishah sangat menitikberatkan soal batas dengan pelakon lelaki dalam sesebuah projek drama atau filem.

Meskipun suami, Muhammad Firdaus tidak meletakkan sebarang syarat namun Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 28, sedar akan tanggungjawab menjaga nama baik dan statusnya sebagai isteri orang.

"Suami memahami dan sebelum kahwin pun kami ada berbincang mengenai keinginan saya untuk terus aktif dalam bidang lakonan.

"Biarpun dia tak cakap tetapi sebagai isteri saya sendiri perlu tahu batasan memandangkan kami sudah berkahwin," katanya kepada mStar.

Untitled design (34)

Puteri Aishah akan berbincang dengan pengarah sekiranya perlu melakukan adegan mesra yang dianggap 'keterlaluan'.

Aishah ditemui pada majlis pelancaran drama Demi yang diadakan baru-baru ini.

Selain Aishah, Demi yang diarahkan oleh Rahila Ali turut menampilkan barisan pelakon seperti Keith Foo, Ashraf Muslim, Datuk Jalaluddin Hassan, Hasnul Rahmat, Safura Ya'cob dan Puteri Rayyana Rayqa.

Ia sedang ditayangkan menerusi saluran RTM OKAY.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah selamat bergelar isteri ahli perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Aishah kongsi ada jangkitan virus di paru-paru - “Jaga kebersihan, jangan ambil mudah perkara ini”

Bercakap lanjut mengenai kariernya, Aishah memberitahu setakat ini dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah ketika bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki.

Sebaliknya jika merasakan sesuatu adegan itu agak keterlaluan, Aishah biasanya akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu bagi mencari titik tengah.

"Setakat ini tiada babak bersama pelakon lelaki yang keterlaluan tetapi sekiranya ada, saya biasanya akan berbincang dengan pengarah untuk cari jalan penyelesaian," katanya.

Untitled design (35)

Puteri Aishah dan suami, Muhammad Firdaus berkahwin November tahun lalu.

Sementara itu, berkongsi mengenai alam rumah tangga, Aishah memberitahu dia dan suami tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menimang cahaya mata.

Aishah sebaliknya menyerahkan soal anak kepada ketentuan Tuhan namun gembira sekiranya diberikan rezeki lebih awal.

"Buat masa sekarang belum ada lagi, Insya-Allah ada nanti. Saya dan suami pun tidak merancang dan kalau ada Alhamdulillah.

"Kami juga tidak merancang untuk ada anak tahun ini kerana ingin stabilkan komitmen dan kewangan terlebih dahulu kerana ingin berikan yang terbaik kepada anak nanti," katanya.

Aishah dan Muhammad Firdaus yang juga seorang ahli perniagaan berkahwin pada November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain