PENYANYI Fieya Julia sekali lagi meluahkan rasa sedih apabila dituduh sudah berkahwin gara-gara perubahan pada bentuk tubuhnya yang dilihat semakin berisi. Kecewa dengan kata-kata tersebut, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 23, berkata, sebelum ini pernah ada menuduhnya mengambil barang terlarang kerana dikatakan terlalu kurus. "Bila masa pula saya kahwin? Sedih la macam ini. Stress sebab ramai betul cakap saya sudah berkahwin. Buat sedih je sedangkan bayang untuk berkahwin pun belum nampak. "Saya dulu kurus pun orang kecam. Kata saya sakit dan tak cukup makan selain ambil ‘barang’. Semua tuduhan tak masuk akal. Kemudian saya cuba nak berisi supaya orang tak kecam. Fieya dituduh ambil barang terlarang kerana kurus sebelum ini. "Sekarang pun masalah juga. Biarkanlah... kita buat macam mana pun pasti ada orang tak suka. Lebih baik jadi diri sendiri dan abaikan apa orang nak cakap,” katanya. Fieya berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur badan berisi dan pakai tudung sebab berkahwin buat Fieya Julia rasa ‘down’ ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara batu bentuk segi tiga dalam MV, Fieya Julia dituduh pengikut illuminati... Sampai ke situ netizen fikir! Dalam masa sama, penyanyi lagu Perasaanku ini juga meminta agar mana-mana pihak tidak lagi menggunakan gambarnya tanpa berhijab dalam mana-mana perkongsian selepas dia membuat keputusan untuk bertudung sejak Ogos tahun lalu. “Mohon kepada sesiapa yang repost cover song saya atau nak buat playlist jangan gunakan gambar saya tidak bertudung. Lebih baik jadi diri sendiri dan abaikan apa orang nak cakap FIEYA JULIA PENYANYI “Banyak lagi gambar lebih baik awak boleh guna. Kalau tak cukup dalam Instagram, saya boleh berikan sendiri,” jelasnya. Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Fieya memberitahu ramai yang mula menegur penampilan terbaharunya itu dan menafikan segala dakwaan kononnya dia sudah menjadi isteri orang. Lebih mengecewakan apabila teman rapat sendiri seakan tidak memahami keputusan yang dibuat untuk berhijab dan sering menganggap perubahan itu disebabkan paksaan orang lain. Perubahan fizikal Fieya membuat ramai salah anggap. "Ada juga teman rapat yang katakan saya bertudung sebab dah kahwin atau mahu ke arah itu. Sepatutnya mereka lebih memahami saya. "Pernah saya suarakan pendapat kepada mereka namun seolah-olah sia-sia. Saya kesal apabila ada yang melontarkan kata-kata kurang baik,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI