suria

Tiada lagi ‘wig’ hijau, Youtuber Ikhmal Nour kini bergelar penyanyi... dah sedia hadap cabaran dunia glamour

Ikhmal juga popular di media sosial dengan imej rambut hijau.

PENGALAMAN menjadi content creator sejak berusia 17 tahun memberi kelebihan buat penyanyi baharu Ikhmal Nour berhadapan dengan cabaran arus perdana dunia seni selepas tampil dengan single pertama berjudul Pandang-Pandang.

Sedar akan jatuh bangun menjadi artis, Ikhmal atau nama sebenarnya, Nor Ikhmal Haqim Noor Azhar, 20, juga sudah mengatur baik perjalanan kerjaya agar tidak terlalu bergantung harap dengan pendapatan dalam bidang ini.

"Sebelum bergelar penyanyi saya aktif di media sosial dan selalu muat naik cover song. Saya tahu dunia seni ini tidak akan terlepas dari kecaman atau pandangan buruk sesetengah pihak.

ikhmal 2

Ikhmal tampil dengan single pertama berjudul Pandang-Pandang.

"Pengalaman sebelum ini membuatkan saya lebih bersedia. Saya juga tahu orang ramai akan mudah memberi kecaman jika melakukan kesilapan.

"Sebelum serius untuk bergelar penyanyi, saya sudah fikir masak-masak. Dalam dunia seni ini ada pasang surut. Jadi saya dah buat back-up plan jika perjalanan kerjaya dalam bidang ini tidak menjadi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cipta lagu untuk artis, kini DJ Fuzz fokus buat ‘jingle’... Seronok dapat bantu usahawan tempatan berjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Belum masanya... Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama

Berbakat dalam bidang muzik, Ikhmal juga turut diberi peluang untuk menulis sendiri lirik lagu pertamanya itu dan dia mendapat kerjasama komposer DJ Fuzz serta Aziquebeats.

Ikhmal mula bernaung di bawah pengurusan Mixology Music sejak Disember tahun lalu selepas bakatnya mula disedari oleh syarikat berkenaan.

Dalam dunia seni ini ada pasang surut. Jadi saya dah buat back-up plan jika perjalanan kerjaya dalam bidang ini tidak menjadi

IKHMAL NOOR

PENYANYI

Bercakap tentang kerjasama dengan DJ Fuzz, kata Ikhmal dia tidak menyangka komposer terkenal itu sendiri sanggup turun padang berjumpa dengannya di Kuantan, Pahang untuk berbincang dan menandatangi kontrak kerja.

"Wakil dari Mixology ada menghubungi selepas mereka melihat video saya di media sosial. Saya tidak sangka Disember tahun lalu DJ Fuzz sendiri datang ke Kuantan untuk berbincang lanjut tentang perjalanan kerjaya.

"Bekerja dengan beliau sangat mudah. DJ Fuzz memberi kebebasan kepada saya dalam penulisan lirik dan dia sendiri tidak ada masalah untuk saya memilih genre sebegini," ujarnya.

ikhmal 3

DJ Fuzz (kiri) percaya dengan bakat Ikhmal.

Sementara itu, menurut Dj Fuzz, dia percaya akan bakat Ikhmal dan pemilihannya untuk tampil dengan lagu irama Arab dapat membuka minda pendengar tempatan bahawa ia bukan untuk nasyid sahaja.

“Saya nampak Ikhmal ada potensi untuk jadi artis daripada cara dia membawa diri. Dia ada bakat untuk menyanyi, tetapi jarang tonjolkan kebolehannya itu.

“Dengan bakatnya, saya rasa Ikhmal boleh pergi jauh. Ikhmal mahir bertutur dalam bahasa arab, itu sudah ada satu kelebihan yang bagus," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain