SEKUMPULAN penyanyi Rock Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Datuk Awie sebelum ini yang menganggap kemunculan lagu baharu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Baby Sayang sebagai perosak industri muzik tempatan. Penyanyi Aris Ariwatan berpendapat kerajaan perlu mewujudkan kembali panel penilai industri muzik seperti mana yang pernah mereka lalu suatu ketika dahulu. "Kita faham apa yang berlaku disebabkan transformasi semasa namun bagi saya kerajaan perlu wujudkan kembali panel penapisan lagu seperti mana yang pernah kami lalui suatu ketika dahulu. "Kalau dahulu suara sumbang atau susunan muzik salah memang tak boleh keluar radio atau dimainkan di mana-mana. Jika panel itu kembali wujud, saya percaya ada kawalan terhadap industri muzik. "Kami sokong dengan pandangan Datuk Awie agar tidak wujud 'pelacur' dalam industri. Saya dengar sendiri nyanyian Aliff Syukri, memang sumbang," katanya. Penyanyi rock berkumpul dalam satu sesi secara atas talian pada malam Isnin. Aris berkata demikian dalam satu sesi kongsi pandangan bersama rakan-rakan penyanyi rock yang dilakukan secara atas talian pada malam Isnin. Lebih 40 penyanyi rock tempatan menyatakan tanda sokongan terhadap kenyataan dibuat Awie baru-baru ini termasuk Baggio, Ringgo Arrow, Isa Graviti, Zack kacamata, Afee, Rose Sherox, Izam Eye, Rahmat Tohak, Wom UG1411 dan JoeyBPR. ARTIKEL BERKAITAN: Awie sedih industri muzik ‘dilacurkan’ orang tiada jiwa seni, penampilan founder dan TikToker jadi penyanyi memalukan ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh naik pentas KLFW2022 bawa rokok, macam tengah jalan-jalan cari lighter... “Hati kau keras bang” Tidak ketinggalan Yazid Sejati, Azman Terlena, Burn Meditasi, Rom Amija, Isa Handy Black, Yantzen, Azul Fair, Shafie Rio, Atan Aryan dan Boy Mercury. Turut menyatakan sokongan adalah Jereen Okay, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Yann Keno, Zahruddin, Acong Sweetchild, Alim Kris, Rahmat Ekamatra, Ali XPDC, Nk Putra dan Amy Grand. Dalam pada itu, Aris berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana dalam apa juga bidang itu mempunyai kaedah dan adab tersendiri. Perbetulkan cara nyanyian dulu dan jangan ambil jalan mudah! Sekurang-kurangnya nyanyian tak sumbang. ARIS ARIWATAN PENYANYI Aris turut memberitahu, sekiranya Aliff ingin bergelar penyanyi, usahawan itu dinasihatkan untuk memperbetulkan cara nyanyiannya terlebih dahulu dan bukan menjadi jalan mudah. "Perbetulkan cara nyanyian dulu dan jangan ambil jalan mudah! Sekurang-kurangnya nyanyian tak sumbang," katanya. Sementara itu, penyanyi Acong Sweetchild pula memberitahu jika situasi terus berlaku ia akan menjadi perosak dalam industri. Disebabkan kemunculan penyanyi yang mengambil jalan mudah, ia sedikit sebanyak menjejaskan artis lama atau pun baharu yang beria-ia memperjuangkan karya masing-masing. "Apabila tidak wujud sebarang penapisan, mana-mana peniaga produk seperti Aliff boleh buat sesuka hati mereka. Benda mengarut begini memang ramai orang suka dan sebab itu jadi trending. Awie sebelum ini meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni 'dilacurkan' oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi. "Kalau benda tak sihat ini berlaku, apa nak jadi dengan penyanyi yang berhempaas pulas dalam kerjaya mereka? Kami seolah-olah ditolak ke tepi," ujarnya. Bagi Yantzen pula, penyanyi itu senada dengan rakan-rakannya selain percaya 'permainan' wang yang dilakukan oleh sesetengah pihak seakan-akan membenarkan masalah dalam industri berlaku. "Saya sudah rasa naik turun dalam industri ini. Memang terkilan apabila perkara sebegini berlaku. "Transformasi dan permainan wang menjadi masalah dan mengizinkan isu sebegini terjadi," ujarnya. Sebelum ini, Awie menerusi laporan mStar meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni 'dilacurkan' oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi. Kata Awie, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang tiada bakat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI