PENYANYI Noh Salleh sebelum ini pernah menjadi tumpuan apabila selamba menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara pada Julai lalu. Kali ini, Noh, 37, sekali lagi mengulangi sikap sama apabila memegang sebatang rokok ketika membuat kemunculan di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur pada Ahad. Meskipun rokok tersebut tidak dinyalakan, aksi Noh itu nyata tidak disenangi ramai kerana umum mengetahui tabiat merokok bukan amalan baik untuk kesihatan selain perbuatan itu dilarang di tempat awam. Ekoran tindakannya itu, ada mengatakan vokalis kumpulan Hujan itu sedang memberontak dan cuba melepaskan amarah dalam diri selepas berita perceraiannya dengan Mizz Nina hangat diperkatakan. Noh dikecam hebat akibat tindakannya memegang rokok yang disifatkan sebagai contoh tidak baik kepada masyarakat. Aksinya itu turut memberi gambaran buruk dan contoh tidak baik kepada masyarakat terutama golongan muda yang menjadikan dirinya sebagai idola. "Kenapa Noh macam ini? Aku mahu Noh yang tawaduk macam dulu. ARTIKEL BERKAITAN: Busana Aina Abdul ke KLFW2022 jadi tumpuan, sorakan buat Vida muncul di pertunjukkan fesyen Behati ARTIKEL BERKAITAN: Gaun model hampir terlondeh di pentas KLFW2022... Ezuwan Ismail lega, kalau tak kena kecam satu Malaysia! "Nampak dia kecewa dengan diri sendiri. Adakah ini cara dia memberontak dan berperang dengan diri sendiri? Semoga dia kuat. "Kalau bertahan sikit dengan Mizz Nina, selamat dia tapi sayang tidak tahan dengan godaan dunia," komen netizen. Menerusi awal video yang tular, Noh kelihatan seperti bertanya kepada penonton yang hadir meminta pemetik api untuk menyalakan rokok berkenaan. Kejadian letupan di belakang pentas peragaan KLFW2022 yang mencemaskan pengunjung. Sementara itu, pengunjung di pusat beli-belah itu cemas apabila satu kejadian letupan berlaku di bahagian belakang sebuah pentas pada acara itu. Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi berjaya merakamkan detik-detik cemas berkenaan yang bermula dengan bau asap sebelum berlaku letupan kecil ketika petugas keselamatan cuba memeriksa punca kejadian. Tindakan pantas polis bantuan yang segera memadamkan api dan mengawal keadaan daripada berlakunya kejadian tidak diingini. "Apa yang berlaku ini... macam ada bunyi meletup. Bau asap dan semua orang sudah kelam kabut. Orang ramai juga sudah mula menyelamatkan diri. Kebetulan Pak Nil ada di Dome, bahaya ni," katanya. Netizen turut memuji tindakan pantas pihak keselamatan menangani situasi terbabit dan difahamkan tiada individu yang tercedera akibat letupan itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI