suria

Nashrain abadikan keperitan kehilangan orang tersayang akibat Covid-19 dalam lagu

Nashrain mengharapkan lagu Dahlia dapat mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

KISAH perjalanan dan kepayahan ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 dijadikan sebagai asas lagu baharu nyanyian Nashrain bertajuk Dahlia.

Kata Nashrain, single tersebut terkait dengan hubungan kasih sayang kekeluargaan yang berdepan dengan kehilangan orang tersayang.

"Ini berdasarkan cerita sebenar melibatkan hubungan keluarga. Tambahan kita pula baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya Covid-19.

"Ramai antara kita yang kehilangan tempat bergantung, hilang pekerjaan, berjauhan dengan keluarga dan perlu berusaha lebih keras demi mencari rezeki," jelasnya.

Untitled design (1)

Nashrain menjadikan penyanyi Anuar Zain, Allahyarham Tan Sri Sudirman, Afgan, Tulus, Sammy Simorangkir, Glenn Fredly dan Bruno Mars sebagai antara bintang kegemarannya.

Pengalamannya pernah menyertai program uji bakat The Audition pada tahun lalu telah membuka peluang buatnya baginya menceburi bidang seni secara serius selain sebelum ini sering menerima jemputan nyanyian untuk acara rasmi dan majlis perkahwinan.

“Saya sebenarnya mencari peluang untuk menembusi pasaran arus perdana namun tidak berkesempatan sehinggalah isteri memberitahu mengenai sesi uji bakat The Audition.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas gubah lagu untuk penyanyi lain, MFMF tampil dengan ‘Pura-Pura’ inspirasi muzik K-pop

“Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk keluarga semata-mata dan disebabkan itu saya sentiasa mencabar diri kerana mereka sumber kekuatan saya setiap hari terutamanya anak-anak,” jelas bapa kepada dua cahaya mata itu.

Nashrain yang bernaung di bawah Armani Entertainment Group (AEG) mengambil masa sekitar sehari untuk menyiapkan program rakaman di studio.

Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk keluarga semata-mata dan disebabkan itu saya sentiasa mencabar diri kerana mereka sumber kekuatan saya setiap hari terutamanya anak-anak

NASHRAIN

PENYANYI

Video muzik Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Anas Amdan dan Aizat Amdan itu boleh ditonton di YouTube dan mendapat lebih 70,000 tontonan selepas dilancarkan pada 29 Julai lalu.

Lagu Dahlia boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengari menerusi aplikasi penstriman Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain