suria

Busana Aina Abdul ke KLFW2022 jadi tumpuan, sorakan buat Vida muncul di pertunjukkan fesyen Behati

Aina dan Vida mencuri perhatian ketika membuat kemunculan pada pertunjukkan fesyen Behati di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 pada Ahad.

PENTAS catwalk pereka fesyen Khai Kel Wen daripada jenama Behati mencuri perhatian pada hari terakhir Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) yang berlangsung pada petang Ahad.

Mana tidaknya, kemunculan penyanyi bersuara lunak Aina Abdul membuatkan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur kecoh apabila dia tampil dengan rekaan adi busana berwarna hitam sehingga ada mengatakan pakaiannya itu menyerupai comforter.

Sudah tentu fesyen dan Aina bagai tidak boleh dipisahkan apabila sering tampil berani dengan gayanya yang tersendiri dan di luar kotak.

Ramai turut tertanya-tanya sama ada penyanyi itu berasa selesa memakai pakaian itu memandangkan dia memerlukan bantuan beberapa pembantu untuk memegang pakaian itu ketika berjalan ke tempat duduknya.

Aina Abdul Behati 1

Aina terpaksa dibantu oleh beberapa pembantunya untuk berjalan.

Meskipun acara diadakan di dalam pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur namun ramai merasakan Aina berasa panas kerana pakaian itu tebal.

"Walaupun ada rupa macam comforter (selimut tebal) tetapi kagum dengan Aina. Berani tampil dalam gaya yang luar biasa. Pakai baju ini, tak panaskah?," soal netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Model lelaki ‘confident’ pakai kasut tumit tinggi, hot pants di KLFW2022... Tapi fesyen rambut kembang paling jadi tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun model hampir terlondeh di pentas KLFW2022... Ezuwan Ismail lega, kalau tak kena kecam satu Malaysia!

Sementara itu, ada pula yang turut melahirkan rasa kasihan kepada individu yang duduk di bahagian belakang tempat duduk Aina kerana tidak dapat menonton pertunjukan fesyen itu dengan jelas.

Ini kerana pakaian Aina yang tebal dan besar, menutupi pandangan orang yang duduk di belakangnya.

Datuk Vida Behati

Kemunculan Vida menggamatkan suasana.

"Bertabahlah orang di belakang itu, kasihannya siapa yang duduk di bahagian belakang kerusi dia.

"Semoga bertabah abang yang duduk belakang Aina tu," antara komen netizen.

Meskipun ada segelintir yang mempertikaikan pemilihan busana tersebut namun rata-rata memuji keberaniannya menggayakan busana itu.

Ramai turut memberitahu hanya Aina yang boleh tampil dengan fesyen sedemikian dan ia sudah sinonim dengan imejnya yang sering tampil berani dan berbeza.

Untitled design (9)

Antara komen netizen tentang pakaian Aina.

Tidak hanya Aina, kehadiran usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sebagai muse Behati pada acara itu turut menggamatkan pertunjukkan fesyen berkenaan.

Vida tampil dengan rekaan Behati yang berwarna warni sehingga kemunculannya mendapat tepukan gemuruh penonton yang hadir malah ramai terpegun dengan gaya bersahaja usahawan itu yang catwalk di pentas peragaan.

Ini bukan kali pertama Vida menyarungkan pakaian rekaan Behati malah pernah menyarungkan beberapa rekaan jenama itu menerusi video muzik lagunya yang berjudul Ku Ikhlaskan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain