suria

Bakal disatukan dengan penerbit eksekutif TV3 pada 16 September, Mas Idayu dapat tajaan RM7 juta

Mas Idayu dan Sufian akan disatukan sebagai suami-isteri pada 16 September 2022.

PENYANYI Mas Idayu mengesahkan bakal disatukan dengan jejaka pilihan iaitu Penerbit Eksekutif TV3, Sufian Isa pada 16 September ini.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkata, tiada sebarang simbolik atau makna di sebalik pemilihan tarikh yang jatuh pada Hari Malaysia itu dan ia dipilih sendiri oleh bakal suaminya itu.

"Bukan saya yang pilih tetapi Daddy (panggilan buat Sufian). Awal perancangan kami ingin melangsungkan pernikahan pada bulan Mei lalu tetapi pada saya ia terlalu awal.

"Kemudian selepas berbincang kami bersetuju untuk pilih 16 September kerana lebih mudah untuk diingati," katanya kepada mStar.

Mas Idayu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk penjagaan wajah, Twenty pada Ahad.

1545682

Mas Idayu dan Sufian akan ke Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu.

Bercakap lanjut mengenai hari bahagianya, Mas Idayu turut mendedahkan majlis itu turut mendapat tajaan pelbagai pihak yang dianggarkan berjumlah RM7 juta.

Tajaan itu termasuklah lokasi majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan, katering, fotografi, set barangan kemas dan beberapa busana pengantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentas ‘Lagu Cinta Kita’ jadi saksi... Rupa-rupanya anak atur pertemuan Mas Idayu dengan Sufian Isa

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun model hampir terlondeh di pentas KLFW2022... Ezuwan Ismail lega, kalau tak kena kecam satu Malaysia!

"Sejujurnya perkahwinan kedua ini sangat bermakna kerana sebelum ini tiada sebarang persandingan atau acara yang meriah.

"Jadi boleh dikatakan majlis ini seperti perkahwinan pertama... Tetapi apa lebih penting adalah perjalanan hidup selepas perkahwinan selepas 16 tahun saya hidup sendirian," katanya.

Seperti pasangan yang lain, Mas Idayu juga mengharapkan perkahwinan kedua dengan Sufian, 51, akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Mas dan anak

Mas Idayu dan anak tunggalnya, Nur Dayini.

"Setelah sekian lama hidup bersendirian dan tidak lagi percaya kepada perkahwinan, saya akhirnya terbuka hati untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai isteri," katanya.

Sementara itu, Mas Idayu memberitahu majlis pernikahan mereka dijadualkan berlangsung di Magica Victory, Quill City Mall Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi manakala resepsi diadakan hari sama pada sebelah malam.

Penyanyi lagu 100% Cintaku juga memberitahu memilih Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu lepas berkahwin.

"Insya-Allah selepas berkahwin saya akan berehat dan berbulan madu di Santorini selama dua minggu bagi meluangkan masa bersama suami," ujarnya.

Untuk rekod, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun mereka bercerai pada 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain