suria

Asam pedas, sambal udang petai air tangan Siti Nurhaliza buat suami sempena ulang tahun ke-16 perkahwinan

Peminat mendoakan semoga perkahwinan Siti terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-16 secara sederhana.

Siti, 43, memuat naik video beberapa jenis masakan air tangannya untuk dihidangkan kepada suami ikan asam goreng, ketam goreng, assam pedas dan sambal udang petai.

"Ikan asam goreng, ketam, asam pedas ikan jenahak, sambal udang petai... masakan untuk ulang tahun perkahwinan, Alhamdulillah," katanya menerusi perkongsian di Instagram Story.

Sementara itu, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata.

Untitled design (3)

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

"Alhamdulillah," tulisnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut di laman sosialnya.

Perkongsian penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.

ARTIKEL BERKAITAN: Aafiyah hadiah istimewa Siti Nurhaliza & suami rai ulang tahun ke-12

"Semoga berbahagia di sisi suami.

"Selamat ulang tahun kepada kalian berdua. Semoga berbahagia hingga je syurga.

Untitled design (4)

Peminat mendoakan dan mengucapkan tahniah atas ulang tahun perkahwinan Siti dan suami.

"Selamat ulang tahun perkahwinan Datuk Siti dan Datuk K. Semoga Allah mengurniakan kebahagian kepada kalian berdua selamanya," antara komen dan doa peminat di Instagram.

Pasangan itu berkahwin pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Mereka kemudian dikurniakan dua cahaya mata Siti Aafiyah, 4. dan Muhammad Afwa, 2.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain