TINDAKAN penyanyi Mimi Fly memuat naik gambar bersama teman lelakinya iaitu Dr Antonio Rozier di Instagram menjadi perhatian pengikutnya yang rata-rata menerima baik hubungannya dengan lelaki warga Amerika Syarikat berkenaan. Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 36, memberitahu dia tersenyum membaca komen-komen positif dan doa daripada pengikutnya di ruangan komen gambar berkenaan. "Saya menerima banyak kasih sayang daripada kalian semua apabila memuat naik gambar kami berdua. Menerusi perkongsian Mimi di Instagram, dia dilihat menghabiskan masa dengan keluarga kekasihnya di Amerika Syarikat. "Terima kasih kepada yang mendoakan dan kami tersenyum membacanya," tulisnya ringkas di Instagram pada Isnin. Bagaimanapun, Mimi tidak menafikan perkongisannya turut mendapat kecaman daripada segelintir pengikutnya namun tetap menghargai komen ditinggalkan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly kesal kekasih Afrika digelar ‘Negro’, bimbang keluarga teman lelaki kurang senang Mimi menyifatkan kebencian yang ditunjukkan adalah disebabkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar. "Anda membenci pada perkara yang tidak diketahui. Kalian semua adalah penyokong bukan pembenci. Mimi berterima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaannya. "Anda semua sangat memahami dan saya menghargainya," katanya. Dalam pada itu, menerusi perkongsian lain di media sosialnya, Mimi yang kini berada di Amerika banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman di negara tersebut. Mimi dan Dr Antonio yang merupakan seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika mula menjalinkan hubungan serius sejak tiga tahun lalu. Untuk rekod, Mimi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 sebelum bercerai dua tahun kemudian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI